سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Friday, March 27, 2009

White Centella Collection

Mas buat kelas mengenai White Centella Collection, siap dengan demo sekali (facial la)

tak mampu guna White Centella? boleh guna sabun pegaga sbg pencuci, minyak pati sepang dicampur dengan bedak awana boleh menanggalkan sel-sel mati.

Tawaran Kerja

baru-baru ni kawan lama tawarkan kerja, macam tak percaya sbb masa tengah ekonomi tak menentu ni ada pula yang tawarkan kerja

rugi tak terima, projek pun bagus, memang bidang saya pu, gaji pun berbaloi tapi soalnya mampukah saya nak ketuk punchcard semula?..... camner??????

Saturday, March 14, 2009

Kelas Mingguan HPA - Minyak But-Bbut

Rugi sesiapa tak datang kelas mingguan semalam.....
subjek Minyak but-but, kandungan, faedah, cara guna dan testimoni pengguna.
paling penting semalam diselitkan juga cara urutan untuk migrain, asthma dan sakit belakang dengan menggunakan minyak but-but.

yang mula meminati perubatan alternatif....
Mokde

Kek Pisang

Hadir Majlis Maulid Nabi ( dan tahlil dan doa selamat)

Kumpulan Yasin kami, Kumpulan Nur Jannah, di jemput ke majlis Yasin.. Alhamdulillah kami dapat sempurnakan majllis itu. (Kami juga selalu dapat jemputan dan selalu dapat pujian, maksudnya bacaan kami tertib, lagipun ahli-ahli kami tak ramai, jadi senang untuk diuruskan)

Hari ini Mokde bukan bercakap mengenai majlis itu atau Kumpulan Nur Jannah tetapi pasal kek pisang yang di sajikan di majlis tersebut.

Kek Pisang adalah makanan biasa saja tetapi dimajlis tadi kek pisang telah di "luar biasa" kan oleh pembuatnya. Sayang Mokde tidak bawa kemera, handset mokde tiada fasiliti kamera)

Kek pisangtadi di kukus dalam bentuk yang berbagai-bagai (acuan-acuan kecil) dan pelbagai perisa, dan di gubah menjadi sepohon pokok di dalam pinggan besar, cantik nya...... alahai, sayang nak makan

Mokde makan daun, berperisa pandan, batang rasa kek kek pisang biasa, bunga seperti rasa jagung........
Mokde nak rasa buah tetapi terasa segan pula, dah makan banyak sangat.

Kawan-kawan beritahu rasa jem nenas.


.... yang menghargai seni dan kecantikan ialah ...
Mokde

Wednesday, March 11, 2009

USAHAWAN SEJATI

Usahawan itu bukan nya manusia luar biasa
cuma usahawan
luar biasa kerjanya
luar biasa ketabahan nya
luar biasa tindakan nya
luar biasa minda nya

bertemu usahawan itulah
rezeki kerana usahawan membawa
peluang kepada orang yang mahu mengubah diri sendiri

hidup jiwanya bersama usahawan
fikir kejayaan
fikir strategi
fikir kelemahan diri
bukan mencari kelemahan orang lain

masa bagi usahawan paling penting
menyusun merancang dan mengatur
yang paling penting
usahawan tidak takut dengan pesaing
kerana usahawan sering bersedia
tetapi pesaing yang tahut usahawan
kerana mereka gimik semata-mata

istilah gagal dan putus asa
tiada dalam kamus usahawan
di sebalik gagal ada kejayaan
putus asa pula pintu kekufuran

cita-cita usahawan cukup tinggi
kekadang usahawan dikatakan berminpi
gerak kerja usahawan penuh wawasan
pengalaman lampau jadi degree usahawan
mengalahkan mereka yang punya kelulusan
yang mampu merancang tapi tiada pengalaman

kalau tidak
usahawan tidak boleh berada
dipuncak jaya
memiliki yang tidak dimiliki

usahawan bukan nya manusia luar biasa
usahawan berdiri di atas kaki sendiri

usahawan punya idola sendiri
yang patut dicontohi
bahkan sejarah kejayaan usahawan sendiri
akan ditulis orang suatu hari nanti
paling penting usahawan manusia yang bertaqwa
banyak kebajikan nya
banyak ibadahnya dan zikirnya
kuat perjuangan nya
amat kasih usahawan pada Rasulnya
amat cinta usahawan pada Tuhan nya

(Tuan Haji Ismail Bin Ahmad- Pengarah Urusan HPA)

Monday, March 9, 2009

Sambutan Maulidur Rasul

Hadir ceramah jam 9mlm

Ustadz yang beri ceramah tadi mengingatkan, bila kita ucapkan 2 kalimah sahadah dan tertanam 50 sifat didalam dada kita, insyaalah kita akan selamat walau dimana jua kita berada

50sifat itu ialah:-

20 sifat wajib bagi Allah
20 sifat mustahilnya
1 sifat harus bagi Allah

4 sifat wajib bagi rasul Allah
4 sifat mustahil
1 sifat harus

tak faham ke?

mari belajar di kelas fardu ain yang mokde hadiri
Setiap Ahad @10 pagi, Dewan Muslimah, Masjid Ai Biru
Ini kelas fardu Ain dewasa,


mokde

Sunday, March 8, 2009

Luaskan dan Dalamkan Jaringan

Pagi-pagi tadi kawan lama yang sama-sama usahawan MLM lain, telefon, nak jumpa la sbb nak ajak buat pelaburan....... oooooo ........ sistem inventory loading la tu ...

maaf ye kak, dulu muka mokde ni memang muka MLM, pantang ada peluang semua masuk ahli..... dari A sampai Z tapi semuanya half way, end-up dengan no way.... heheheh semua tertipu dek plan pemasaran yang tak telus.....

masa tu sedang mencari-cari perniagaan yang sesuai dengan jiwa raga mokde.

sekarang kak , mokde buat satu ni jer...... sikit tapi stable...
kalau nak banyak buatlah full time

mokde anggap mokde buat MLM ni part time jer

Cuba kak luangkan sadikit masa dan layari www.hpa.com.my

bina rangkaian besar dan dalam dan guna produk saja, tak perlu buat jualan ribu-ribu untuk dapat faedah dari jualan jaringan


mokde

Kelas Fardhu Ain

Ustadzah kata Ibadat solat, puasa zakat tu ibadat khusus,,,,, memang dah wajib buat.
tapi membuat amal kebajikan adalah ibadat umum. rajin-rajin lah buat amal kebajikan sebab ia adalah nilai tambah yang berguna kepada kita semasa kita dah baring atas tanah nanti.

ringan-ringan kan tulang untuk buat kebajikan, jangan jadi tulang besi urat dawai

ie pemalas

oppppps..........
kawan mokde tu orang gelar dia tulang besi urat dawai sebab dia kuat semangat dalam berniaga, kalau semangat down cepat-cepat dia bangkit semula

Nanti Mokde cakap dengan kawan-kawan, tulang besi urat dawai tu maksudnya pemalas...., pemalas nak tolong orang...... berat tulang, lawan kepada ringan tulang

jangan panggil dia tulang besi urat dawai


mokde

Wedding Anak Pengarah

Hari ini hadir ke majlis perkahwinan anak salah seorang Pengarah di syarikat tempat moke kerja dulu.

Seronok dapat jumpa kawan-kawan lama. Antaranya Haji Hisham & Izan, Hj Khaider & Sanimah, Hj. Dollah & Zu, G dan Alwi, Cik Tim & hubby, Pn. Ain, Nazri, Mdm Chew dan ramai lagi yang tak dpt di sebutkan nama sbb tak smpat nak tegur.

Ada yang dari jauh lagi dah lambai tapi ada juga yang depan mata pun dia buat-buat tak nampak. Itulah realiti manusia, ada kawan sepanjang zaman, tapi ada juga kawan apabila kita ada kepentingan kepada nya sahaja.

Ini adalah pelajaran yang di pelajari dari "Universiti Pengalaman"

PENGALAMAN ITU INDAH

mokde

Friday, March 6, 2009

Kelas Mingguan

best kelas tadi

pra diagnos saraf tapak tangan & product knowledge

produk baru

sinergi ???? (hempdu bumi) dan ???????? (daun betik) dan papain adalah untuk menanggalkan ketumbuhan fabroid

Thursday, March 5, 2009

KAWAN-KAWAN SAYA

[IMG_0306.JPG]


Mokde & Kawan-Kawan Dari Komuniti Pasir Gudang

penyakit dia, penyakit saya

kakak sakit, dah nak operate tapi kerana ketakutan, tekanan darah sangat tinggi dan doktor tangguhkan 2 bulan

mokde rujuk herbalis, minum rebusan fisalin B, amalkan paramaria, pelawas untuk cuci usus agar ubat2 dapat diserap sepenuhnya, dan amalkan teh herba

lepas 2 minggu, mokde balik tanye dia, sayang dia dah tak amalkan lagi, dia kata perutnya makin besar, mokde cakap tu DOC tapi dia tak sabar.

tulah penyakit dia "tak sabar dan tak istiqomah'


mokde pun tak sihat sekarang
sejak akhir2 ni bangun pagi selalu pening
pelawas dan malac tak pernah tinggal

semalam beli rebusan alac,
belum rujuk herbalis
tu lah penyakit mokde "takut nak terima kenyaataan, takut kalau2 ada penyakit tu, penyakit mahal, "

Ubat ayahnya

mokde syorkan ayah Cik Asnah amalkan madu, pelawas dan consinium plus

Tempahan



gembira sbb tempahan dah siap dan pelanggan telah terima semua hasil kerja.
alhamdulillah

mokde

Welcome Note

Salam sejahtera kepada semua pelawat blog ini. Blog ini di buat untuk sesiapa yang sealiran fikiran.

Panggil saya Mokde, lebih mesra, lebih santai

Auntie N tu dah tak sesuai lagi,

Kalau nak official panggil Puan Hajjah



salam dari
mokde

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels