سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Tuesday, April 28, 2009

Apa kabar orang kampung

Dah masuk Mei, bulan April tak dapat balik kampung, Apa karbar mak?



yang rindu mak

mokde

Wednesday, April 22, 2009

MSAM Di Padang B Plaza Angsana

Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 Johor Bahru, telah bermula. Orang ramai berpusu-pusu datang. PM Dato Seri Najib umumkan banyak saham tambahan dibuka untuk langganan........ langgan, jangan tak langgan

balik rumah mokde terfikir, dah cukup ke saham akhirat mokde??????

Ustadzah selalu pesan, kita sekarang dalam umur balik ke kampung asal, sediakan bekal selagi ada kesempatan.



Mokde

Sunday, April 19, 2009

Kelas Fardhu Ain

sekadar mengingatkan diri sendiri:-

ustadzah kata, Rasulullah telah berpesan kepada umatnya:(maaf tak dapat nak tulis disini hadithnya)

1. takutlah dengan urusan wanita
2.kerjakan witir setiap malam walau satu rakaat, kerjakan dhuha setiap hari walau 2 rakaat, bangunlah bertahajud walau selama memerah segelas susu kambing (anggaran 5 minit)
3.berpuasalah sekurang-kurangnya 3 hari sebulan


Tak dapatlah mokde tuliskan huraian hadith diatas. Cuma kepada sesiapa yang tinggal dikawasan Pasir Gudang atau di mana saja, jemputlah datang ke Kelas Fardhu Ain setiap hari Ahad @ 10.00 pagi, Rabu 5.30 ptg di Masjid Air Biru, Pasir Gudang, pengajarnya nantilah Mokde minta izin dulu untuk paparkan nama nya disini.

Walau pun kita dulu dapat 1st Grade Darjah Khas, Sekolah2 Ugama Neger Johor, jemput lah juga datang mendalami dan belajar Fardhu Ain, kelas ini Kelas Fardhu Ain peringkat dewasa, kita yang dah dewasa, punya anak-anak remaja dan sudah berpangkat nenek-nenek ini perlu lah mantap dalam hal-hal fardu ain dan APPLIKASI nya. Sekurang-kurang nya untuk rujukan anak-cucu.

yang belum ada menantu ialah

mokde

Saturday, April 18, 2009

Mesin Jahit Ku

Mokde bekerja selama 20 tahun didalam bidang ICT di sebuah syarikat besar di Pasir Gudang, Johor. Apabila bersara Mokde ingin membelai diri dengan melakukan hobi Mokde. Mokde suka bebudak dan berhasrat untuk membuka pusat jagaan kanak-kanak. Hasrat ini dibatalkan kerana tidak boleh dilakukan sebagai part time.....

kemudian mokde pergi belajar menyediakan makanan komersial, tapi yang ni mokde buat separuh jalan saja sebab memasak untuk perniagaan adalah memenatkan.

Mokde cuba pula berniaga. (mak mokde juga berniaga kecil-kecil dulu). Mokde cuba MLM sbb modal kecil tapi satu demi satu lingkup sbb mokde tak pandai dan pelan pemasaran tak sesuai dengan jiwa dan raga mokde hingga lah mokde jumpa MLM HPA yang memasarkan produk herba. Yang ni ok dengan mokde, dah stabil pun dan mokde gembira walaupun lum dapat puluhan ribu seperti orang lain. (macam mana nak dapat banyak kalau buat part time saja !!!!!!!)

Mokde minat menjahit. Sekarang dah banyak masa. Di samping menjalankan perniagaan HPA, mokde kini ambil sikit-sikit tempahan pakaian. Kawan-kawan yang dapat tender besar-besar pun dah mula minta mokde buat.


Baru-baru ni mokde dapat bayaran kedua. Dengan duit tu mokde beli mesin jahit kelajuan tinggi dan mesin jahit tepi. Walau pun jenama tak hebat, tapi kedua-dua mesin ini bakal membantu mokde dalam merealisasikan impian mokde dalam bidang baru mokde ni.

Sebelum ni mokde guna mesin jahit biasa saja



Bakal pencabar industri pakaian adalah

Mokde
(mak mokde cakap, impian biar tinggi, tindakan biar sejajar)

sebenarnya mokde ada seorang anak OKU yang akan menamatkan pengajian nya di dalam bidang Pakaian dan Rekaan Fesyen di Politeknik JB, mokde buat semua ni sebenarnya sebagai persediaan untuk dia. )

Friday, April 3, 2009

Nak balik kpg laaa



bila ada masa selalu surf blog blog dari Pahang.... terasa dekat dihati ku setelah sekian lama di perantauan. Rindu ku menggamit. terkenang mandi di sungai pahang, tak pernah serik walau hampir lemas dibawa arus...tapi sekarang mana ada lagi tempat untuk mengimbau kenangan lampau tempat mandi dah bertukar jadi sangkar-sangkar patin yang tak terkata enaknya dibuat gulai tempoyak.

patin di sini pun ada juga kat pasar tapi tak sanggup nak makan ....... isinya kuning jer, . ikan tu di beri makan apa ye?

Masa belum mengizinkan untuk balik. Biar anak habiskan form 5 kat sini dulu. Lagi pun pondok kat lot 2216 tu lum siap lagi...

tunggulah kepulangan mokde
tak lama lagi

mokde

Tender Baju Tadika

Ala.... tenderbaju tadika tu tak dapat ala. mahal RM2.00 jer dari pesaing.
tapi tak pe... mokde baru bertatih .....

(........ hehehe dah tua baru nak belajar berniaga...
muda-muda makan gaji ........)

balik kpg, jenguk mak

Mokde baru balik dari kpg, mak tak de kat rumah abang, dia balik ke asrama di pangsanam, mokde pun kesanalah, bermalam disana

Sehari di Pangsanam, best juga aktiviti mereka. Seawal pagi dah bangun buat tahajud, sambung subuh, wirid dan solat dhuha di surau. kemudian balik sarapan dan kesurau semula untuk kelas mengaji quran, Lepas tu balik rumah untuk masak dan makan tengahari. Zohor ke surau lagi. Rehat sekejap di antara zohor dan asar. Lepas asar minum petang pas tu, ke surau semula untuk solat maghrib dan Isyak. balik mengaji lagi atau baca apa-apa buku bacaan dia, pas tu tidur.

mak kata dia akan berada di pangsanam ni selagi dia boleh kesurau. kalau dah tak sihat baru balik ke rumah anak2

Dia nak gunakan sebaik mungkin usia bonos yang dikurnikan Illani kepada nya. Kata mak, asset penting adalah badan yang sihat dan akal yang waras.


Semuaga mak bahagia selamanya.
Bila mokde rindu mak, mokde balik jenguk mak.

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels