سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Tuesday, June 29, 2010

Musim Durian Tahun Ini

Tahun ini durian berbuah lagi
lebat seperti tahun lalu
tapi cuma sebatang




durian hanya untuk tupai-tupai
selamat menjamu selera
kami tidak marah
makanlah



yang ini tupai-tupai beri kami

dapatlah kami merasa
Alhamdulillah



Anak Ku Ke UiTM

Anak ku kembali menjadi pelajar (siswi?)
Apapun selamat berjuang
tetapkan matlamat
atur strategi, usaha dengan gigih
tabah dengan cabaran
kental dngan semangat
berdoa, ingat yang maha pencipta

Semuga Berjaya



Lokasi: UiTM


Impian Baru

Pundung Ku dah siap "stage 1"
impian hampir menjadi nyata
cuma belum pindah sepenuhnya
kerana ada tali yang mengikat
ada simpul yang membelit
kudrat ku tiada untuk merungkainya
kira alhamdulillah

Kini seleraku beralih arah
impian baru
bagaimana?
terbakar dadaku
untuk mengatur strategi
bukannya meterialistik
tapi menyusun langkah
agar hidup lebih terarah

Apa dia?

Biarlah Rahsia


SELAMAT BERJAYA



Pertunjukan Tarian Kuda Kepang

Entri ini untuk berkongsi pertunjukan tarian kuda kepang yang mokde lihat tempohari. Cukuplah sekadar memperkenalkan kepada tetamu yang hadir dimajlis itu.

gambar

Thursday, June 17, 2010

Perjalanan Ini - Balik Kampong

Hari itu balik kampong
Menggunakan perkhidmatan keretapi
Perjalanan dari Kempas Baru (6.00pagi) ke Mentakab
Alhamdulillah, selamat didalam perjalanan








Selamat Sampai kedestinasi
dan tinggalkan Stesen Mentakab @11.50pagi



Teringat Pesan Ustadzah
Kita ini sebenarnya dalam perjalanan balik ke Kampong Asal
Destinasi yang pasti tiba
Cuma tak tahu bila
Sudah banyak kah bekal?
Atau kantong masih kosong
Ingatlah
Siapkan bekal

Ingat 5 perkara:

muda sebelum tua
sihat sebelum sakit
lapang sebelum sibuk
kaya sebelum miskin
hidup sebelum mati

"disamping mengingatkan diri sendiri"

Wednesday, June 2, 2010

yeah yeah cuti sekolah

Cuti sekolah:
ada yang bermaksud musim majlis kahwin, hahaha.
Mokde dah terima kad jemputan berkeping-keping.
Rasanya cuti ini kena bahagikan masa untuk mmenuhi jemputan di kampung juga.
Mudah-mudahan dapat penuhi semua jemputan, walau hanya sekadar menjenguk muka

Mokde teringat masa dulu,
dikampung makan berhidang.
Sehidang 4 orang, makan dengan tenang, terasa mesra.
Sekarang kenduri dikampung sudah tidak mampu lagi untuk buat cara bagitu,
Jemputan saja beribu-ribu orang,
belum lagi makanan yang bermacam jenis,
layan diri saja.

Apa pun
banyak-banyak lah bersyukur
rezeki mewah,
majlis tak ada sesiapa ganggu
hidup harmoni.
Pertahankan keamanan negara


Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels