سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Saturday, October 11, 2014

Rutin di Madinah

 Di Madinah kami tinggal berlima sebilik, saya, Hjh Yam dan Hjh Habibah dari Tampoi, Hjh Faridah dari Gelang Patah dan Hjh Fauziah dari Batu Pahat. Alhamdulillah kami tiada masalah tinggal bersama. Kami semua datang bersama suami. Oleh itu kemana-mana pun kami pergi, kami pergi bersama suami masing-masing.

Di Madinah pehak muasasah bawa kami ziarah dalam - iaitu ziarah dalam masjid,  raudah dan makam nabi, dihari lain kami ziarah luar iaitu ziarah beberapa tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba, Qiblatain, Masjib 7, dan lain -lain yang saya dah tak ingat. Selain dari itu rutin kami di Madinah adalah ulang alik solat berjemaah di Masjid Nabawi. Hari-hari ke Raudhah. Bagitulah aktiviti kami, sama saja tapi tiada perasaan bosan, malah macam tiba-tiba sahaja kami kena berangkat ke Mekah.

KT 04

Tahun 2001, dengan penerbangan KT04, penerbangan pertama dari Johor terus ke Jeddah memakan masa selama 8 jam. Transit sebentar di ruangan menunggu di lapangan Terbang King Abdul Aziz. Kemudian berangkat ke Madinah dengan bas. Berjam-jam merentas padang pasir dan sampai di Madinah menjelang Subuh.  Di Madinah, penempatan jemaah haji dari Malaysia dibahagikan kepada beberapa zon. Cuma saya sudah tidak dapat mengingatkan kami di Zon mana.

Empt tahun menunggu

Simpanan kami penuh pada tahun 1996. Walaupun setiap tahun membuat rayuan kepada Tabung Haji, namun hanya mendapat panggilan memunaikan haji pada musim 2001. Ada hikmahnya kami lewat dipanggil. Kami berpeluang belajar selok-belok haji selama empat tahun. Alhamdulillah semua urusan pekerjaan haji kami berjalan lancar, ilmu kami mantap dan kami berjaya menghayati semua pekerjaan haji. Terima kasih tidak terhingga kepada semua guru-guru kami terutama Ustazah Zuhorah, Guru Ugama Tabung Haji, beliau pakar dalam selok belok haji dan umrah, berbelas kali bertugas sebagai Guru Ugama di Mekah Madinah semasa musim haji..

Tuesday, October 7, 2014

Penerbangan Balik ke Malaysia - tanah airku




Penerbangan malam dari Jeddah terus ke Senai. Solat Subuh hormat waktu dalam kapal terbang. Tak ingat sampai senai jam berapa tetapi kami makan tengah hari dirumah. Terima kasih kepada ipar-duai yang menjaga anak-anak kami semasa kami bermusafir. Semuga Allah membalas jasa anda semua dan diberkati Allah selamanya.

Jeddah _King Abdul Aziz International Airport -KAAIA

Solat maghrib dan Isyak di ruangan menunggu  KAAIA, Ketika tiba dulu, tempat menunggu ada karpet, boleh duduk2 dan warga emas ada yang baring2. Masa balik  cuma ada bangku saja. Alhamdulillah tikar plastik yang TH beri ada dalam hand-luggage, boleh buat tempat solat, makan dan rehat sementara menunggu penerbangan balik Ke Malaysia.  Makan malam kami disediakan, tapi tak pasti disediakan oleh siapa, pehak muasasah atau tabung haji.

sedang makan malam sementara menunggu penerbangan balik ke tanahair

Kami tlepak2 disitu sehingga dipanggil untuk kastam dan  imigresen. Penerbangan lewat beberapa jam, tak mengapa, kami dah selesai menunaikan haji.

Jeddah - Madinatul Hujjat

Kami datang dengan penerbangan awal. KT04 maka balik pun awal. 
Kami  segera berkemas barang untuk balik ke Malaysia. 
Kalau tak silap esoknya pagi 15 Zulhijjah,
 selepas tawaf widaq (wadaq ???) kami naik bas untuk ke Jeddah. 
Dijeddah kami transit di asrama Tabung Haji iaitu Madinatul Hujjah, 
Disitu kami timbang barang
Malam berangkat ke Airport King Abdul Aziz, Jeddah .

di Madinatul Hujjah

13 Zulhijjah dan balik ke Mekah

Sampai di khemah seperti separuh nyawa, tetapi kami tak boleh rehat. Kami bersiap2 untuk balik ke Mekah. Tak ingat dah sampai Mekah jam berapa. Seingatnya,  saya terus tidor dan rehat betul di hotel. Solat Zohor, Asar dan Maghrib pun tak larat ke Masjid.

 Lepas Maghrib kami menapak ke masjid, ramainya orang, kami naik ketingkat bumbung dan solat Isyak disana. Keadaan kurang selesa, saf bercampur2 lelaki dan wanita. Alhamdulillah saya dapat solat  diapit oleh wanita dikiri kanan. Pesan ustazah, kalau kita jaga ibadah kita, Allah akan jaga kita sepanjang masa.

Selepas solat saya sempat menjenguk ke bawah, ke dataran Kaabah, Ya Allah berilah kami ruang untuk bertawaf dengan sempurna. Ini tawaf haji, tawaf rukun.

Alhamdulilah selesai tawaf dan segala sunst2nya kami memulakan Saie haji. Saya sempat menjeling, jam menunjukkan pukul 1 pagi.

Selesai Saie, bertahlul kami dan lepas lah semua 13 pantang larang haji dan umrah. Alhamdulillah selesailah pekerjaan haji,

Saya dah lupa, lepas saie kami balik hotel atau tunggu solat subuh di Masjidil Haram,

12 Zulhijjah

Ramai Jemaah yang balik ke Mekah untuk Nafar Awal. Kami tiada kepentingan untuk bergegas ke Mekah. Lagipun urusan ke Mekah dan penginapan disana adalah tanggung jawab sendiri. Tiada petugas tabung haji di hotel2 sewaktu ini. semua mereka masih di MIna.

Malamnya selepas solat Isyak kami ke jamrah untuk melontar hari ke 12 Zulhijah. Kemudian kami tunggu hingga subuh. Solat subuh di bawah jambatan, Masuk waktu subuh bermakna masuklah waktu melontar ketiga-tiga jamrah pada 13 Zulhijah. Waktu Afdhal melontar adalah selepas masuk Zuhor, jemaah haji Malaysia kebanyakanya melontar ketiga-tiga jamrah untuk hari 13 Zulhijah selepas subuh.

Selesai melontar kami menapak balik ke khemah, Penat sungguh, rasa tak larat nak balik, Berjalan balik ke kemah macam seret saja kaki. Kami berjalan berdua saja, saya dan suami, jemaah lain yang sama-sama satu khemah entah dimana.

11 Zulhijah

Pagi teringin juga nak ke Mekah untuk tawaf dan Saie rukun haji. Akhirnya tak jadi sebab kami tak kuat untuk ikut mereka. Mereka muda dan cergas. Ikut sajalah agenda Tabung Haji. Lagipun saya sudah haid, jadi tiada keperluan saya tergesa-gesa untuk lakukan tawaf.

Malam kami ulangi perkara yang sama. Lepas solat Isyak kami jalan kaki pergi melontar jamrah bagi hari 11 Zulhijah.


(11,12,13 Zulhijjah - adalah hari2 Tasrik - jemaah haji melontar di ketiga2 Jamram setiap hari pada tarikh2 tersebut)

10 Zulhijah

Alhamdulillah selamat sampai di Mina anggaran jam 10pagi tanpa apa-apa masalah, kesesakan tu biasa, yang penting bas kami tak sesat, pemandu ok saja.

Khemah sangat ok, satu kemah 25 orang. Semua orang adalah penerbangan dari Johor. Mendaapat kursus haji yang sama. Kami susun jemaah 12, 1, 12 bentuk U bermaksud, 12 orang dikiri satu ditengah dan 12 dikanan. Alhamdulillah kami ada tempat untuk solat berjemaah didalam kemah.


Sementara menunggu malam kami zikir sebayak2, bertalbiah,  dan dirikan solat2 sunat, Malam lepas solat Isyak baru petugas-petugas tabung haji bawa kami melontar Jamrah Akabah, kemudiah bertahlul, Lepas lah kami dari 10 pantang larang ihram.

Khemah kami dikawasan selepas terowong. Jauh, Muassim namanya , kalau tak silap. Sampai kemah rehat saja, picit2 kaki sambil zikir sebanyak2nya. Kawan2 ada yang baca Quraan.

(10 Zulhijjah - perlu melaksanakan wajib haji iaitu melontar jamrah dan boleh bertahlul untuk  melepaskan diri dari 10 pantang larang ihram.) 

9 Zulhijah

Qiamulai malam tadi terus sambung solat subuh. kemudian sarapan. Saya tak ingat, adakah saya dirikan solat dhuha atau tidak di Arafah. (tiga solat yang dituntut walaupun bermusafir adalah solat witir, solat dhuha dan solat tahajud). Kemudian tidor sekejap, ustazah pesan tidor sekejap agar tidak mengantuk waktu wukuf nanti. Jam sebelas kami sudah bersedia untu menunggu waktu wukuf

Waktu wukuf bermula apabila masuk waktu Zuhor. Kami solat Zohor dan Asar berjemaah didalam kemah, kemudian masing-masing khusuk dengan amalan yang perlu kami buat semasa wukuf.

Alhamdulillah, saya ingat, semua yang ustazah ajar sempat saya buat sepanjang wukuf tersebut sebelom berangkat ke Mina.
Selepas solat Isya, kami tunggu bas ke Mina. Hampir jam 11 malam baru kumpulan kami naik bas. Alhamdulillah.

Bas singgah di Muzdalifah. Kami turununtuk mengutip anak-anak batu. Kami ingat pesan Ustazah,, turunlah dari bas dan pijak buni Muzdalifah. berlepas ke Mina selepas tengah malam.

(9 Zulhijjah - Wukuf di Arafah, tengah malam mabit di Muzdalifah )

8 Zulhijah

Entri ini di tulis pada musim haji 2014. Entah mengapa tiba-tiba terkenang perjalanan haji kami pada tahun 2001. Kerinduan kepada Arafah membuat jari jemariku menulis kenangan silam. Tulisan ini adalah apa yang saya ingat saja. Mungkin ada perkara-perkara penting yang telah dilakukan tetapi terlupa nak tulis.

Pada tarikh 8 Zuhijjah tahun saya mengerjakan haji, saya dah lupa, bila saya mandi sunat ikhram, sebelom pergi masjid atau balik dari masjid.   Yang saya ingat saya dah siap untuk berangkat ke Arafah. Hati berdebar2, entah kenapa- mungkin pekerjaan haji sangat penting, ingin yang terbaik. Alhamdulillah jatuhkan niat ikhram haji sebelom naik bas. Ingat pesan ustazah, nanti dah naik bas takut terlupa niat. Tiada niat tiada haji.

Sampai di Arafah hari dah petang. Dapat tempat jauh kedalam kemah, terfikir, kalau malam gelap ni.Sebelom maghrib nampak ada satu ruang dihadapan bawah lampu, tanya-tanya jemaah yang lain, memang tempat tu kosong. Saya pun pindah, alhamdulillah.

Maghrib dan Isyak berjemaah didalam kemah. Lepas zikir seadanya, kami tidor cepat, malam nak qiamulai. terjaga jam 2 pagi, terasa sangat sejuk bumi Arafah diwaktu malam, Terfikir kami, agaknya baginilah sejuknaya bumi ketika kami baring didalam kubur nanti. Terus bangun untuk berwuduq untuk qiamulai.

(8 Zulhijjah - mandi sunat ikhram, solat sunat ikhram n berniat Ihram bagi yang membuat haji Tamatuk dan haji Qiran sebelom berangkat ke Arafah)

aidil Adha

teringat pula musim haji 2001, penuh cabaran

bersawang

lamanya tak update blog

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels