Semalam Sabtu pagi hadir Majlis Maulidur Rasul anjuran Pertubuhan Kebajikan Wanita Darul Sakinah. Pertubuhan ini adalah pertubuhan yang mengabungkan pelajar-pelajar dari 5 Kelas Fardhu Ain yang di kelolakan olen Yang Berbahagia Ustadzah Hjh Zahurah disekitar Masai dan Pasir gudang.Kelas -kelas tersebut ada yang berusia melebihi duapuluh tahun.
Ada kelainan majlis kali ini. Tidak ada akikah kali ini kerana memberi laluan kepada Jakel Trading menderma seekor lembu untuk jamuan di majlis kami. Terima kasih dan kami telah mengadakan bacaan Alquran dan doa khusus untuk Allahyarham Mohammad Jakel. Semuaga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh beliau.
Seperti biasa ada penyampaian hadiah kepada anak-anak ahli yang berjaya cemerlang dialam UPSR, PMR, SPM dan Darjah Khas Sekolah Ugama Johor tetapi tiada acara nasyid dan lain-lain. yang luar biasa tahun ini ialah acara untukpara pelajar fardu ain ini,
...............KUIZZZZZZZ......................,
soalan di baca sekali dan siapa dapat menjawab secara
tepat dalam bahasa kitab akan dapat hadiah, dan ini hadiah untuk orang cemerlang saja
Antara soalan yang sempat di catit:-
(ingat ye soalan nampak mudah tetapi kena jawab dalam bahasa kitab dan bahasa orang yang telah bertahun-tahun belajar)- Sifat Allah yang kempat
- Lawan Sifat Allah -Irradah
- Berikan 2 anggaran ukuran air dua kolah
- berikan 2 ketika boleh berdusta
- berikan 4 perawi hadith
- apa itu haji mabrur
- apa itu haji mardud
- apa 2 nama lama bagi Madinah
- Apa itu "Qullu Qiah"
(ejaan rumi ini tidak bagitu tepat)
- nyatakan 3 ittiqad percayaan kepada Allah
- berikan 4 sunat wuduq
- nyatakan 3 miqad
- nyatan 4 sunat af'al didalam solat
- apakah surah AlQur'an dimana didalam nya terdapat 2 ayat Sajjadah
- apakah hukum yang bersabit dari kenyataan semua isteri Nabi Muhammad adalah ummu mukminin (ie ibu kepada semua mukmin) ?
- 3 rukun mandi wajib
- beri 3 sebab kenapa haji tamatu' di kenakan dam
-soalan cepuemas ........ apa yang anda faham dengan matamatik ini:
....... 1bulan campur 6 hari = setahun
huraikan
Anda boleh jawab????
anda cemerlang
Yang Berbahagia Ustadzah mendengar jawapan
bersama yang lain sedang mengendalikan kuiz
yang belum cemerlang
Mokde