سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Sunday, September 6, 2009

entri tanpa topik

Beberapa kali taip entri ini tapi tak menjadi, tersentuh hati mokde dengan nasib kaum sejenis.

Siang tadi pergi hospital ambil kawan baru keluar wad bersalin. Jururawat hantar kawan mokde kekereta dengan kerusi roda.Mokde pula dukung baby bawa kedalam kereta (kekok juga sbb dah lama tak pegang baby). kawan yang pangkat adik tu uruskan dokumen dan bawa barang2 masuk dalam kereta. kawan yang pangkat nenek tu pangku baby dalam kereta. Pas tu mokde start kereta dan terus bawa balik rumah dia, jauh juga tapi sebab jalan dalam bandar, tak rasa lah jauhnya.

sampai rumah jam dah pukul 5ptg, kemaskan tempat baby, taruk baby kat katil dia. kakak baby duduk menghadap baby, nak usik, nak pegang, nak angkat baby. Ingat ni anak patung ke? Abang yang besar tu boleh diharap, tolong tunggu baby. jangan beri adik angkat baby.

kawan yang pangkat nenek tu pergi masak nasi dan lauk orang dalam pantang. tak ada masalah, semua barang ada dalam peti sejuk. makanan berbuka tak kisah, pasar ramadhan dekat. nanti abang boleh pergi beli. kawan yang satu lagi layan yang bersalin tu. mokde pergi kat luar rumah, menahan tangis.

Bila semua dah beres, mokde hantar kawan mokde yang pangkat adik tu balik kerumah dia, jauh juga... 15 minit dengan kereta. kawan yang pangkat nenek tu, tinggal kat rumah kawan yang bersalin, tunggulah beberapa hari hingga dia segar sikit, maklum bersalin pembedahan. Kul 6.45 mokde sampai rumah.

Apa yang sedih sangat? entah lah. Mokde dulu masa balik dari hospital bawa baby ada lah saat yang paling manis. pokde jemput kat sepital, mok pangku baby, kat umah semua dah siap menanti.

Sedih tengok nasib kawan mokde ini, mak pak takde, saudara mara jauh, husband? entah dimana, malas nak ulas... tak hirau anak bini...

Apa pun dia kata alhamdulillah, ada kawan-kawan, syukur juga dia dan baby sihat.

Moral kali ini: bersyukor lah dengan apa yang kita ada, ada orang lain yang lebih susah. lain orang lain susahnya.

ni bayi mokde belasan tahun yang lampau:-

Tuesday, September 1, 2009

Perjalanan ini Masih Jauh

Didalam megemaskini folder, mokde terjumpa gambar ini, gambar mokde bersama dua orang tokoh yang disegani di pesada perniagaan HPA. PJM Pn. Noor Zawiah dan PJM Pn Zaharah. Gambar ini diambil semasa program PBC di Pasir Gudang pada tahun 2008. Terjumpanya gambar ini membuatkan mokde berfikir sejenak tentang pencapaian mokde dalam perniagaan HPA.

Banyak yang dapat mokde rumuskan, banyak kekurangan diri dan banyak lagi yang perlu dilakukan. Melihat kepada gambar itu, siapalah diri ini berbanding 2 tokoh "top Distributor' itu.

Untuk permulaan, biarlah mokde mulakan dengan mengucapkan terima kasih kepada sekalian yang terlibat dengan mokde didalam perniagaan HPA ini.

Ini upline mokde , dialah insan yang berjaya membuka pintu hati ini kepada "Kopi Radix". Dengan bantuan upline nya, PJS En Yadi, mokde akhirnya tersentuh hati lalu mula menjalankan perniagaan HPA ini. Terima kasih PRX Pn. Rubiah, kerana kesungguhan mu, saya kini telah bebas dari penyakit "migraine" yang saya deritai bertahun-tahun.







Ini PJS En. Yadi, terima kasih kerana telah meletakkan asas yang kukuh mengenai perniagaan ini kepada saya. Terima kasih kerana tak henti-henti membantu dan memberi panduan dari jauh. Cuma maaf lah kerana saya bergerak terlalu perlahan.








Ini keluarga tercinta. Terima kasih kerana menyokong aktiviti mama. Doakan agar mama berjaya mencapai cita-cita mama di dalam perniagaan ini.






Ini PJS yang telah banyak membantu saya dalam menangani permasalahan perniagaaan ini. Teguran, tunjuk ajar, motivasi dan bantuan beliau membuatkan saya kuat dan bertahan didalam perjuangan ini. Terima kasih PJS Pn. Masliza dan suaminya kerana membantu saya walaupun saya dari rangkaian yang berlainan.









Ini pasangan suami isteri yang memberi peluang kepada saya bergiat didalam
program-programPBC anjuran mereka. Terlalu banyak yang saya belajar dari anda berdua. Terima kasih PJS En Rahmat dan PJS Pn. Alimah









Ini rakan-rakan perjuangan saya. Tanpa pertolongan, sokongan, dorongan dan cabaran anda semua, siapalah saya didalam perniagaan saya.






















Terima kasih semua, Allah saja yang akan membalas jasamu. Maafkan saya kerana didalam perjalanan ini mesti ada kesilapan yang telah dilakukan.

Mana rangkaian ku?
Suatu masa dulu saya mengalami keruntuhan rangkaian yang hampir meranapkan seluruh harapan. Kerana sokongan mereka diatas lah saya bergerak semula, membina rangkaian baru. Kepada yang masih bersama ku, PJX Salila, PJX Awada, PRX Yati, PLX Dela, mari kita teruskan perjuangan, Perjalanan ini masih jauh, ia baru bermula. Semuga Allah memudahkan laluan kita. Aminnn

Terima kasih sahabat, kamu semua TemanSejati
.. dari mokde
(PJ Hjh Norziah)

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels