سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Friday, August 28, 2009

Majlis Tadarus dan Khatam Al Quran

Salah satu dari aktiviti yang ditunggu-tunggu didalam bulan Ramadhan di sini adalah majlis Tadarus dan Khatam Al Quraan. Tadarus disini bermaksud seseorang membaca Alquraan sementara yang lain menyemak bacaannya. Khatam Quraan diadakan setelah selesai membaca 30juzuk alQuraan. Masuk minggu kedua puasa, hampir tiap hari ada jemputan. Bagi mereka yang tinggal di negeri Johor, mungkin ini perkara biasa, tetapi elok juga mokde buat catitan entri ini sebagai kenangan merantau lama disini, Negeri Johor Darul Takzim.

Majlis ini biasanya dianjurakan oleh individu, persatuan, badan kerajaan atau sesiapa sahaja yang berminat. Bilangan orang tiada had, kalau dengar ada majlis tadarus, datanglah (jangan lupa bawa al Quraan sendiri), mereka mengalu-alukan kehadiran anda. Kalau majlis yang dianjurkan oleh orang persaorangan, biasanya datang dengan jemputan.

Majlis Tadarus dan Khatam Al Quraaan, biasanya diadakan didalam dewan atau rumah. Para hadirin akan di bahagikan kepada 30 kumpulan. Setiap kumpulan akan membaca satu juzuk dari Al-Quraan. Setiap orang didalam kumpulan akan membaca secara bergilir-gilir sementara ahli yang lain menyemak dan membetulkan bacaan. Majlis biasanya bermula jam 9.00 pagi dan semua kumpulan akan dapat menghabiskan bacaan lebih kurang dalam masa satu jam.

Acara Khatam lah yang mokde tunggu-tunggu, barisan yang duduk dihadapan tu kebanyakannya guru-guru AlQuran. Indahnya bacaan mereka. Doa khatam AlQuraan yang dibaca selepas majlis Khatam itu doa biasa saja, tetapi apabila diibacakan doa ini dimajlis tersebut, ianya benar-benar menyentuh hati. Terasa ingin selalu dekat dengan AlQuraan.

Sayang, majlis bagini hanya dihadiri oleh orang-orang seusia mokde, maklum kebanyakan nya sudah bersara. Orang muda kalau ada cuma mereka yang terlibat secara langsung dengan majlis tersebut seperti penganjur, guru-guru Al Quran dan petugas-petugas jabatan ugama, NGO dan sebagainya. Orang macam mokde ni bolehlah, masih ada masa untuk diluangkan, anak-anak pun sudah besar.










Majlis Tadarus & Khatam
Mawar











Masjid BBU-PERKIM

No comments:

Post a Comment

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels