سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Sunday, October 11, 2009

Musafir di Aidil Fitri

Semalam hadir Majlis Hari Raya yang diadakan oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Daerah JB bertempat di rumah Puan Pengerusi LKPI (Daerah JB), YM Pn. Hjh Sharifah Bahiah Syed Ali.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat sempena hari LKPIM oleh AJK dan ahli-ahli yang hadir. Turut sama adalah Pengerusi LKPI Malaysia Perhubungan Negeri Johor , YAM Tuanku Hjh Shariah Ibni AlMarhum Tuanku Abd. Rahman Al-Haj. Kemudian di ikuti dengan ketibaan jemputan khas iaitu narga-warga emas dari Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Negeri Johor dan Pesakit-pesakit dari Hospital Permai, Tampoi.

Apa yang menarik perhatian Mokde adalah intisari ucapan Pn. Pengerusi (Daerah JB). Katanya terdapat ramai wanita-wanita Melayu Islam pada masa ini tidak menghidap apa-apa penyakit tetapi menjalani kehidupan dalam keadaan yang 'stress'. Contoh nya adalah penghuni-penghuni yang menjadi tetamu LKPIM kali ini. Paling sedih ada pesakit-pesakit yang telah sihat tetapi tidak tahu hendak balik kemana kerana tiada saudara mara lagi dan/atau saudara mara sudah tidak mahu menerima mereka lagi. Salah satu dari hasrat LKPIM (JB) adalah untuk menjadikan mereka ini anak angkat, agar dapat memberi perhatian yang lebih kepada mereka.

Sambil makan-makan, majlis diserikan dengan beberapa persembahan dan cabutan nombor bertuah. Antara yang menyentuh hati adalah dendangan "Musafir Di Aidil Fitri " oleh salah seorang dari tetamu khas. Setiap tetamu khas dihadiahkan cenderahati sebagai kenangan-kenangan.






Merenung nasib mereka, mokde muhasabah diri, syukur lah apa yang ada. Badan sihat, mental sihat, hidup dikelilingi keluarga dan sanak saudara. Terus hulurkan bantuan, sesungguhnya setiap kita ada kebolehan untuk membantu kearah kebajikan, tak kira lah apa bantuan yang kita mampu. (kata Ustadzah berbuat kebajikan itu saham kita masa kita dah baring kat tanah nanti)

1 comment:

  1. salam perkenalan Mokde.
    sayu kan bila kita lihat mereka ni takde sape nak ambil tahu.saya pernah lihat keadaan seumpama ini...memang sayu hati ni...
    sementara hidup,memang digalakkan kita berkebajikan ikut kemampuan kita

    ReplyDelete

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels