سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru, Pundung Ku dan Cuti Berblog lagi

Teruja sungguh untuk pindah ke Pundung ku. Tahun Baru , Pundung Baru,
berhijrah, Insya Allah

Pundung Ku belum masuk kemudahan telefon, belum ada peralatan internet, liputan untuk "wireless connection" pula amat sadikit. Jadi pakat-pakat lah cuti berblog lagi sehingga sesuatu tarikh yang tak dapat ditentukan. Sesekali mungkin boleh ke CC tapi jauh la di bandar. Sehingga berjumpa lagi.

Selamat Tahun Baru kepada semua rakan-rakan blogger dan pengunjung blog ini.
Semuga tahun ini lebih baik dari tahun lepas

Ulang Tahun

Hari ini genap 22 tahun usia perkahwinan kami .......
Semuga diberkati Allah selamanya.
Amin


Sibuk nak pindah ke Pundung Ku,
tak sempat nak buat majlis,
baca doa selamat sendiri saja


Thursday, December 17, 2009

Koreng nak tinggal dengan siapa?

Seekor kucing jantan yang kunamakan Koreng
nampak garang tapi manja
tengok matanya yang bersinar dan misai kucing nya
koreng dengan aweknya

ia mungkin sedang memikirkan masa depannya
Kami nak balik kampong agak lama,
koreng nak tinggal dengan siapa?

Siapa nak jaga makan dan minumnya?
Dimana dia nak lepak?

tak mengapalah ye koreng!
kamu kan kucing Jantan
Pandai-pandailah kamu bawa diri ye
panjang umur kita jumpa lagi
kami tak dapat bawa kamu balik kampong
jumpa Wan
(tapi mokde sedih nak tinggalkan koreng)


Friday, December 11, 2009

Azam Tahun Baru?

Tiada azam baru untuk Tahun Hijrah 1431 dan Tahun Masehi 2010?. Impian tahun lepas masih belum tercapai, tersasar sedikit dari jadual. Siapkan yang ini dulu, kerja tak boleh separuh jalan, kerja kena ikut kudrat.

(alasan orang yang beralasan? Tidak! cuma berpijak dibumi nyata)

Thursday, December 3, 2009

cuti cuti Malaysia

relek mata dan otak

sejuk-sejukkan badan

jalan-jalan

hargai 'quality time', badan sihat,
alhamdulillah

Budak-budak dah habis peperiksaan

SPM dah habis dan semalam pula adalah ulang tahun kelahiran pokde. Jom jemput kawan kawan yang buat study group kat sini dulu dtg ke rumah, kita makan-makan. Alhamdulillah panjang umur sihat badan murah rezeki. Fatimah dah kawan-kawannya pun dah selamat menjalani SPM, alhamdulillah sihat sepanjang tempoh peperiksaan.

Ini tetamu terawal sampai, "landing" dari mana nih?


kamera cap ayam, ni lah jadinya
.... hehehe.. apa pun makan apa weh?

yang lain-lain tak boleh tepek sini, gara-gara kamera cap ayam

Minggu depan kita cuti-cuti Malaysia. Selepas tu mama ada agenda untukmu wahai Fatimah.

HPA dan PBC

Dah lama relex dan tak hantar rakan niaga ke PBC. Hari ini hantar rakan niaga ke PBC di Pasir Gudang. Semuga terbuka hatinya untuk terlibat sama dengan mokde di dalam perniagaan HPA ini. Aminnn

siapakah dia?

Tuesday, December 1, 2009

Dah relex sikit

Kerja dah kurang sikit, adalah masa untuk update blog dan pos entri.

Hari ini nak kabarkan pasal koreng, kucing ku
dulu masa baru datang kesini, dia lepak kat luar saja
atau tunggu diluar pintu, sedih

sekarang dah masuk dalam rumah,
melangkah dengan yakin

dan lepak didalam rumah, mokde tak marah lagi
dulu, kalau dekat kena jentik telinga jegeng tu

skrg dah boleh duduk atas riba

dulu makan apa saja, tulang2 ikan dan nasi


sekarang, sesekali dah diberi makan "makanan kucing' (walau tak berjenama)
hehehehe


nota hari ini:
senang hidup kalau pandai bawa diri

Tuesday, November 17, 2009

Cuti Berblog

HUjung tahun kerja banyak, mokde cuti lah berbelog buat sementara waktu. jumpa lagi

Majlis Graduasi dan Selamat Berjuang

Tadi Hadir Majlis Graduasi Tamat Tingkatan 5 anak yang bersekolah di SDARY, Tampoi

Baru Tamat Tingkatan 5, jauh lagi perjalanan mu


kami doakan semuga berjaya


Terima kasih Cikgu


Kepada Semua nya,


Selamat Berjuang Di Dalam

SPM


Semuga Cemerlang DiDunia dan DiAkhirat

Monday, November 16, 2009

Blog Bicara Sempoi

MOkde baru jumpa blog ini, masih baru dan tengah kumpul ahli, boleh jumpa ramai orang dari bermacam ragam manusia. Mok nak ikut sama, nampak gaya ok juga, nak masuk pun senang juga, ni tengah lengkapkan prasyarat jadi ahli. Antaranya kena buat blog review, kemudian cerita sikit kenapa kita berblog. Ini susah nak jawab.

Kenapa yer mokde berblog? blog mokde tiada tema, merapu jer, kadang macam ustadzah, ada masa luahan hati, kalau mood baik, mokde kongsi pengalaman, ada masa muhasabah diri, tapi yang penting tak de mengata orang denga sengaja, kalau tak sengaja tu minta maaf. Kesimpulan nya bolelah dikatakan mokde berblog ini seperti tulis diari lah agaknya

Wednesday, November 11, 2009

Pautan Menarik

Klik sini utuk pautan menarik, mana yang tidak faham, tenguk gambar saja, sesiapa yang ada kelebihan untuk memahami nya, harap dapat kongsi bersama

Sunday, November 8, 2009

9 Pembaziran


9 BENTUK PEMBAZIRAN DARI IBNU QAYYIM AL-JAUZIYYAH


Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas

3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.

4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.

5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.

6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.

9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada saya,anda, dan kita semua.




Friday, November 6, 2009

Waktu Banjir

Masih ingatkah lagu ini?

"Laut ngeri dibulan Disember
ada kalanya lebih simpati,
kerana mengambil diri
dan melimpahkan rezeki,
serentak pada hidup kami".
...Zubir Ali.

Lagu ini menceritakan sebahagian kisah musim tengkujuh di pantai timur. Walau pun mokde tidak tinggal di tepi pantai , tetapi lagu ini tetap mengingatkan akan susahnya banjir pada tahun 1971. Hujan yang turun tak berhenti-henti bagitu mengerikan. Sebahagian besar kampung kampung tenggelam, air Sungai Pahang melimpah kekampung-kampung sekitar, hanya beberapa buah rumah saja yang tak tenggelam, termasuklah rumah pusaka wan, 2 mata tangga saja lagi nak sampai lantai

mokde dan orag-orang kampung pindah ke darat, buat pondok pisang sesikat, hujan turun tak berhenti, air makin naik, beras habis, brg makanan lain lagilah habis, mak goreng padi, tumbuk pakai lesung batu untuk jadikan beras. Beberapa hari kemudian baru ada heli turunkan bantuan, beras, sadin, ikan kering (Syukur, walau serba payah, kami tidak lah kelaparan didalam kesejukan)

Malam sangat sejuk, kayu basah, camner nak buat unggun api, takut juga sbb ada bau harimau.

Banjir 2007 mokde tiada di kpg, rumah jiran mokde di depan Lot2216, air naik sampai pintu pagar,

pundung mokde terletak dikawasan yang tinggi sikit saja dari rumah ini.
Mudah-mudahan jangan lah banjir lagi, .......
Amin, amin amin

Sama ada banjir masa dulu mahupun banjir zaman ini, kedua-duanya susah. Oleh itu sedapat mungkin, sahutlah seruan ini untuk membantu saudara-saudara kita yang berhadapan dengan banjir.

Thursday, November 5, 2009

Pundung dan Banjir

Dengar cerita hujan dah mula turun dinegeri-negeri Pantai Timur, tak terkecuali di kpg Mokde di Pahang. Mokde ambil link pantau aras air Sg Pahang ni dari blog Koi Anak Pahang, berguna ni, terima kasih.
Kalau pundung Mokde dah siap dan kalau banjir berlaku tahun ni kat kpg Mokde, bolehlah orang kpg berlindung kat situ, tinggi lah sikit tempat tu

Saturday, October 31, 2009

Koreng

Banyak perkara nak tulis tetapi bila budaya 'M' dah tiba, apa entry pun tak menjadi.

Koreng mokde ni selalu lesap. Bila balik bau nya, kurrrrr semangat, hanyir

Siap kamu koreng, Fatimah mandikan kamu








moral: busuk orang tak suka tau

Balik kpg lagi

Balik kampung lagi
pundung ku dah nak siap daa ........

Gambar????
biarlah rahsia dulu !!!!!

dibawah ni lakaran awal yang telah 50% diubah

bagaimana pun mokde baru buat 1st stage dulu,
yang lain kemudian

Sunday, October 18, 2009

Wednesday, October 14, 2009

Sembur Asap lagi

Sembur Asap lagi, serentak semua rumah setaman, selalu buat ikut jalan/blok

Insaflah, memang angkara nyamuk tetapi semuanya berpunca dari perbuatan siapa? kita manusia yang tak ikut peraturan alam.

kalau cakap marah
tak cakap, geram
tulis saja lah apa yang terbuku dihati ni
.............................

20/10/2009 @7.15mlm

Kan Mokde dah kata, minggu ni mesti sembur asap lagi,

mereka datang

rumah kami hujung sekali, ada longkang besar tu,
kena sembur banyak-banyak,
apa pun kami dahbersedia

operasi bermula

asap, asap, asap
penuh asap
dan ...........
selamat mengelap semua permukaan dan mop semua lantai
Kemudian Mai Secawan Kopi Radix


update 25/10/09

Ada gotong royong bersihkan kawasan taman bersama petugas jabatan kesihatan
Taman ni di istiharkan sebagai kawasan wabak ...
masa untuk muhasabah diri

Sunday, October 11, 2009

Musafir di Aidil Fitri

Semalam hadir Majlis Hari Raya yang diadakan oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Daerah JB bertempat di rumah Puan Pengerusi LKPI (Daerah JB), YM Pn. Hjh Sharifah Bahiah Syed Ali.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat sempena hari LKPIM oleh AJK dan ahli-ahli yang hadir. Turut sama adalah Pengerusi LKPI Malaysia Perhubungan Negeri Johor , YAM Tuanku Hjh Shariah Ibni AlMarhum Tuanku Abd. Rahman Al-Haj. Kemudian di ikuti dengan ketibaan jemputan khas iaitu narga-warga emas dari Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Negeri Johor dan Pesakit-pesakit dari Hospital Permai, Tampoi.

Apa yang menarik perhatian Mokde adalah intisari ucapan Pn. Pengerusi (Daerah JB). Katanya terdapat ramai wanita-wanita Melayu Islam pada masa ini tidak menghidap apa-apa penyakit tetapi menjalani kehidupan dalam keadaan yang 'stress'. Contoh nya adalah penghuni-penghuni yang menjadi tetamu LKPIM kali ini. Paling sedih ada pesakit-pesakit yang telah sihat tetapi tidak tahu hendak balik kemana kerana tiada saudara mara lagi dan/atau saudara mara sudah tidak mahu menerima mereka lagi. Salah satu dari hasrat LKPIM (JB) adalah untuk menjadikan mereka ini anak angkat, agar dapat memberi perhatian yang lebih kepada mereka.

Sambil makan-makan, majlis diserikan dengan beberapa persembahan dan cabutan nombor bertuah. Antara yang menyentuh hati adalah dendangan "Musafir Di Aidil Fitri " oleh salah seorang dari tetamu khas. Setiap tetamu khas dihadiahkan cenderahati sebagai kenangan-kenangan.






Merenung nasib mereka, mokde muhasabah diri, syukur lah apa yang ada. Badan sihat, mental sihat, hidup dikelilingi keluarga dan sanak saudara. Terus hulurkan bantuan, sesungguhnya setiap kita ada kebolehan untuk membantu kearah kebajikan, tak kira lah apa bantuan yang kita mampu. (kata Ustadzah berbuat kebajikan itu saham kita masa kita dah baring kat tanah nanti)

Wednesday, October 7, 2009

Majlis HPA

Hadir majlis Hari Raya Aidil Fitri Komuniti HPA JB

Mokde bersama-sama PJS Pn. Masliza,
PJS Pn. Evi dan PJ Pn Zai
dari Komuniti Pasir Gudang

Friday, October 2, 2009

Episod Marhaban Kumpulan Nur Jannah

Seperti yang di jadualkan , dua minggu selepas hari raya, Kumpulan Nur Jannah sibuk dengan aktiviti Marhaban atas jemputan di sekitar JB, Jadual padat hingga penghujung Shawal tetapi tahun ini Mokde hanya dapat bersama untuk beberapa kunjungan saja. Semua kerana faktor pertindihan jadual dengan majlis-majlis jiran dan sanak saudara. Panjang umur tahun depan aktif semula.

(Terima kasih kepada Pn. Maznah, Hjh Kintan, Hjh Salimah, Hjh Zana, Hjh Bakyah, Pn Yati Sri Alam, Kawan-kawan Di kpg Ubi Baru, Pn. Hjh Syarifah Bahiyah, Mak Yah dan lain-lain yang tak ingat nama kerana mengundang kumpulan kami. Maaf kepada Pn. Arb, Pn. Hjh Antin dan yang lain-lain kerana Mokde tak dapat hadir ke majlis mereka)

Tuesday, September 29, 2009

Raya lagi ke?

Semalam jemput ipar duai dan keluarga mereka datang makan-makan dirumah sempena hari raya. Tambah meriah kerana anak pun jemput kawan-kawanya. Bila makanan sudah siap dihidangkan, tiba-tiba lori majlis buat pengumuman akan adakan sembur nyamuk menjelang maghrib. Kelam kabutlah kami dibuatnya. Tutup semua makanan. Tutup pintu, tutup semua tingkap rapat-rapat. Pintu pagar pun kami tutup. Biar mereka tak masuk kedalam kawasan rumah kami. Tak mengapalah tak sembur kali ini. Tidak pernah didalam sejarah, rumah kami tidak beri kerjasama semasa operasi semburan nyamuk lakukan. Jamuan raya punya pasal !!!!!!!!. Alhamdulillah, petugas tu sembur di luar pagar saja. Nyamuk pun berdondang sayang lah terbang kekawasan rumah mokde, gamaknya.

Majlis Berjalan Lancar









Tetamu datang dan pergi









dan Mokde gembira tengok tetamu makan


























































































dan makanan langsai tak berbaki.








Demikian saki baki raya, pada mokde raya dah habis walau pun episod Marhaban Kumpulan Nur Jannah baru bermula.

Alhamdulillah, Nikmat Negara Aman, boleh buat apa saja aktiviti yang kita suka.

Sekadar muhasabah diri,
apakah peranan kita sudah mencukupi untuk menjaga dan memelihara keamanaan negara, orang biasa-biasa macam mokde ni perlukan keamanan supaya tiada gangguan keluar mencari rezeki untuk masa depan dan menyediakan bekalan untuk kehidupan yang kekal abadi dikampung asal nanti.








Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels