سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Tuesday, September 29, 2009

Raya lagi ke?

Semalam jemput ipar duai dan keluarga mereka datang makan-makan dirumah sempena hari raya. Tambah meriah kerana anak pun jemput kawan-kawanya. Bila makanan sudah siap dihidangkan, tiba-tiba lori majlis buat pengumuman akan adakan sembur nyamuk menjelang maghrib. Kelam kabutlah kami dibuatnya. Tutup semua makanan. Tutup pintu, tutup semua tingkap rapat-rapat. Pintu pagar pun kami tutup. Biar mereka tak masuk kedalam kawasan rumah kami. Tak mengapalah tak sembur kali ini. Tidak pernah didalam sejarah, rumah kami tidak beri kerjasama semasa operasi semburan nyamuk lakukan. Jamuan raya punya pasal !!!!!!!!. Alhamdulillah, petugas tu sembur di luar pagar saja. Nyamuk pun berdondang sayang lah terbang kekawasan rumah mokde, gamaknya.

Majlis Berjalan Lancar









Tetamu datang dan pergi









dan Mokde gembira tengok tetamu makan


























































































dan makanan langsai tak berbaki.








Demikian saki baki raya, pada mokde raya dah habis walau pun episod Marhaban Kumpulan Nur Jannah baru bermula.

Alhamdulillah, Nikmat Negara Aman, boleh buat apa saja aktiviti yang kita suka.

Sekadar muhasabah diri,
apakah peranan kita sudah mencukupi untuk menjaga dan memelihara keamanaan negara, orang biasa-biasa macam mokde ni perlukan keamanan supaya tiada gangguan keluar mencari rezeki untuk masa depan dan menyediakan bekalan untuk kehidupan yang kekal abadi dikampung asal nanti.








5 comments:

  1. Banyak lagi ke kuih raya Mok de?..nak nyinggoh ni..

    ReplyDelete
  2. tinggal serdak jer dalleh mokde goreng koropok

    ReplyDelete
  3. abeh dah rayer mokder..... masok utan balek dah ni...goner pulok kejer dalam utan.

    ReplyDelete
  4. sedapnya tengok orang makan :-)

    ReplyDelete
  5. DAH POS DUIT RAYER UTK KITER?? hehehe..........

    ReplyDelete

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels