Salam,
Mokde baru balik dari kampong, bertemu hari mokde di sana. Mokde balik berdua saja dengan anak sulung. Mokde guna perkhidmatan keretapi bukan kerana dapat diskaun pesara kerajaan tetapi kerana kemudahan untuk mokde, tak payah memandu. Guna keretapi senang, naik seblm malam di stesen Johor Bahru dan tiba tengah malam di setesen Mentakab, masa diantaranya boleh tidor, siang hari boleh dimanafaatkan sepenuhnya.
Mokde balik kampung untuk hadir majlis kenduri kawin Abang Didi, anak saudara mokde. Disini mokde bukan hendak bercerita meriahnya majlis itu tetapi hendak merakamkan sedikit aktiviti dan cara bagaimana kami orang kampong melaksanakan dan menyempurnakan majllis kami.
Mokde sampai orang dah selesai mesyuarat. Mesyuarat itu dihadiri oleh jiran dan saudara mara yang dekat. Mesyuarat yang biasa diadakan beberapa hari sebelum majlis telah membincangkan dan menetapkan perjalanan majlis yang akan diadakan nanti. Siapa yang bertugas apa, dan bila nak di buat, peralatan cukup ke, nak pinjam kawah kancah siapa, siapa tukang masak, ketua sajian, dan lain-lain termasuk apa jua yang nampak remeh tetapi tetap dibuat perancangan awal.
Mokde balik sehari sebelum hari majlis. Kemah telah dipasang (sekarang sewa saja, tapi kalau dulu kami buat 'balai' iaitu tempat orang buat kerja dan pada hari majlis akan digunakan sebagai tempat makan).
Hari sebelum majlis adalah hari kerja yang paling sibuk. Kami kumpulan wanita akan menyediakan rempah ratus yang diperlukan. Semua bawang, halia serai, cili, dan lain-lain akan kisar berasingan dan di susun di atas meja tukang masak.
Kumpulan lain pula akan mengukus pulut untuk sajian kepada yang bekerja dan beberapa orang akan memasak untuk makan tengah hari untuk sekelian yang hadir.
Tukang masak akan pastikan semua kelengkapan memasaknya tersedia, kawah, periok besar, sudip dan senduk besar sudah siap di bersihkan. Kayu api mencukupi untuk memasak berkawah-kawah lauk pauk. Kami memasak tidak menggunakan gas sbb kayu api banyak dikampung.
Orang lelaki akan mengupas kelapa sebanyak yang diperlukan oleh tukang masak. Sebahagian mereka akan sediakan tempat masak, tempat basuh pinggan dan tempat untuk memotong daging nanti.
Menebang pokok kelapa juga tugas lelaki. Ia nya ditebang untuk diambil umbutnya. Umbut kelapa kami gunakan untuk membuat sayur lemak yang manis untuk hidangan pada hari besar. Umbut ini akan dimasak lemak bersama nyor goreng, rempah dan bawang besar, serai, kunyit dan garam gula secukup rasa. Ia adalah masakan yang semestinya ada pada majlis kenduri kahwin dikampung kami. (Untuk mengambil umbut kelapa, tidak semestinya menggunakan pokok kelapa yang tua, anak pokok kelapa juga boleh digunakan. Ada sesetengah orang kampung kami sengaja menanam banyak pokok kelapa, khusus untuk diambil umbutnya. Umbut kelapa sawit juga boleh digunakan, tetapi tidak lah bagitu manis rasanya)
Selesai makan tengah hari, kerja-kerja menyembelih kerbau akan dilakukan. Selesai di sembelih dan di lapah, daging akan di bawa ke rumah kenduri. Para lelaki biasanya sangat pantas dalam memotong daging mengikut menu kami. Biasanya menu kami adalah gulai (kari), rendang dan sambal perut. Untuk kenduri tempoh hari kami dapat lapan kawah semuanya.
Biasanya selepas solat Isyak, jiran dan saudara mara akan datang semula kerumah pengantin untuk membantu tukang masak memasak lauk pauk. Orang perempuan akan duduk di atas tikar dan memotong umbut nipis-nipis dan dicelur sebelum di masak esok pagi. Selesai orang lelaki memarut kelapa, sekumpulan orang perempuan akan meramas nyor (memerah santan) untuk masakan lauk pauk daging kerbau tadi. Sementara itu budak-budak muda akan membuat sop tulang kerbau. Sambil memasak, semua yang hadir pada malam itu akan menikmati sup tulang yang panas dan manisnya sup dari tulang kerbau yang segar. Pulut kukus dan kueh muih juga dihidangkan kepada mereka yang berkerja. (Kueh muih di tempah saja, atau saudara mara yang hadiahkan, tapi kalau dulu-dulu dodol, bahulu dan wajik disediakan secara bergotong royong beberapa hari sebelum majlis. )
Malam itu kami ada lapan kawah lauk daging dimasak serentak bergotong royong dengan diketuai oleh tukang masak. Semua lauk pauk siap dimasak sebelum dinihari. Sebelum pulang mereka diberi cenderahati istimewa. Tak lupa juga bungkusan berisi pulut dan lauk pauk daging yang telah masak untuk dibawa pulang sebagai ole-ole kerja keras malam itu.
Pagi esok, selepas subuh kami akan memasak sayur umbut. Hari itu kami dapat 2 periuk besar sayur umbut. Orang lelaki memasak nasi didalam kawah. Kami masak nasi putih untuk hidangan. Dikawasan kami agak jarang orang sediakan nasi minyak atau briani untk majlis kahwin.
سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rakan-Rakan
Lintas Langsung Dari Makkah
Pautan Guru
Kesukan Ku
Indahnya Seni
Pautan HPA
Kelab Pemimpin dan Komuniti HPA
Labels
- aktiviti (4)
- Guru (6)
- H1N1 (1)
- haji/umrah (8)
- hpa (8)
- HPA (9)
- idad (1)
- impian (1)
- kawan (2)
- keluarga (13)
- kenduri (3)
- kerja (15)
- khatam (1)
- Komuniti (1)
- koreng (7)
- kpg (14)
- kucing (8)
- lagu (1)
- laman (11)
- makanan (1)
- nasional (1)
- nur jannah (1)
- pautan blog n blogger (4)
- personal (3)
- pundung (5)
- raya (4)
- saya (1)
- sembur asap (2)
- tadarus (1)
memang seronok,sesekali balik kenduri kat kampung ni,time ni la boleh jumpa org2 yang kita tak jangka boleh bertemu semula...dapat pulak makan masakan kampung style..pergh!!!
ReplyDeleteseumur hidup saya,tak pernah lagi naik keretapi..teringinnya la!!!
btul tu, hari tu pergi pekan sari cari jering rebus, tapi tak jumpa laa.....
ReplyDeletekeretapi? no komen... jom alami perjalanan dgn k'api