سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Thursday, July 23, 2009

Majlis Kahwin - sambungan

Kebiasaan nya, pada hari majlis kerja kahwin, pagi-pagi lagi beberapa wanita yang kretif akan memasak untuk hidangan pengantin. berlainan kali ini kami hanya tempah saja. Maklum sekarang telah banyak orang berniaga didalam bidang ini. Kita pun ambil saja jalan yang mudah. Petugas dari penyaji tersebut yang uruskan semua kelengkapan dan hidangan pengantin.

Agenda pertama hari majlis adalah bacaan doa selamat untuk kedua pengantin dan seisi keluarga. Semuga berbahagia hingga keakhir hayat dan dilimpahi rahmat Alllah selamanya. Amin

Tetamu mulai datang jam 11 pagi. Jamuan disiapkan secara buffet.

Sebelum cara hidang buffet diperkenalkan dikampung ini, setiap orang makan berhidang. Satu hidang 4 - 5 orang. Disini lah masa nya memerlukan ramai petugas yang terdiri dari sanak-saudara, jiran dan sahabat -handai. Orang perempuan menghidang, lelaki mengangkat hidangan, dan budak-budak muda mengangkat pinggan mangkok kotor dan membersih meja. Sekumpulan orang, biasanya perempuan akan membasuh pinggan. Setiap tetamu yang datang perlu dipastikan tidak menunggu lama untuk dapat hidangan. Kelihatan sibuk tetapi meriah.

Sekarang suasana itu tiada lagi. Petugas hanya perlu pastikan makanan ada didalam dulang buffet, pastikan meja bersih dan tidak ramai orang diperlukan untuk membersihkan meja dan membasuh pinggan. Penyambut tetamu cuma silakan tetamu ke tempat makan, tetamu ambil sendiri makanan yang ia suka dan makan, lepas makan jumpa tuan rumah, salam (salam berisi??) dan balik. Mudah, ringkas dan cepat.
Cuma mokde rasa macam makan kat warung jer.... hehehe.. (ambil makanan, duduk makan, kemudian jumpa cashier dan bayar ...... )


Pengantin sampai waktu tenghari,
jauh juga pengantin di arak, syukur panas matahari tidak bagitu terik. Kami tak guna kompang tetapi pakai gendang Pahang. Setelah pengantin diatas pelamin, silat pengantin dipersembahkan dengan iringan gendang dan gong.

Pengantin bersanding diatas pelamin, bagai pinang dibelah dua. Acara menepung tawar tu biasa lah macam yang mokde tengok ditempat lain. Ahli keluarga diberi kesempatan menepung tawar. Lepas tu pengantin makan-makan bersama dimeja pengantin dan potong kek. Kemudian kedua pengantin jumpa tetamu di kemah. Kemudian sessi bergambar dengan penganti.

Gambar ini antara yang mokde suka walaupun tiada gambar pengantin



















Di kampung kami, majlis cepat selesai. Kami sibuk membungkus lauk pauk yang masih ada untuk dibekalkan kepada sanak saudara yangtelah penat bekerja.

Agenda belum selesai, lepas solat Isyak, tayangan video diadakan, video ini mengenai perjalanan majlis yang sempat dirakamkan. Selepas tu keda pengantin sekali lagi naik keatas pelaman untuk membuka hadiah-hadiah yang diterima dari tetamu. Terima kasih. Tidak ada hadiah botol susu dan puting untuk pengantin kali ini.

Abang Didi dah dapat isteri, Pak Ngah dah dapat menantu perempuan dan kami kepenatan. Esok masih ada kerja yang menanti. MENGEMAS. Esok lah ye... kami nak berehat dulu.

No comments:

Post a Comment

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels