
Didalam megemaskini folder, mokde terjumpa gambar ini, gambar mokde bersama dua orang tokoh yang disegani di pesada perniagaan HPA. PJM Pn. Noor Zawiah dan PJM Pn Zaharah. Gambar ini diambil semasa program PBC di Pasir Gudang pada tahun 2008. Terjumpanya gambar ini membuatkan mokde berfikir sejenak tentang pencapaian mokde dalam perniagaan HPA.
Banyak yang dapat mokde rumuskan, banyak kekurangan diri dan banyak lagi yang perlu dilakukan. Melihat kepada gambar itu, siapalah diri ini berbanding 2 tokoh "top Distributor' itu.
Untuk permulaan, biarlah mokde mulakan dengan mengucapkan terima kasih kepada sekalian yang terlibat dengan mokde didalam perniagaan HPA ini.

Ini upline mokde , dialah insan yang berjaya membuka pintu hati ini kepada "Kopi Radix". Dengan bantuan upline nya, PJS En Yadi, mokde akhirnya tersentuh hati lalu mula menjalankan perniagaan HPA ini. Terima kasih
PRX Pn. Rubiah, kerana kesungguhan mu, saya kini telah bebas dari penyakit "migraine" yang saya deritai bertahun-tahun.

Ini
PJS En. Yadi, terima kasih kerana telah meletakkan asas yang kukuh mengenai perniagaan ini kepada saya. Terima kasih kerana tak henti-henti membantu dan memberi panduan dari jauh. Cuma maaf lah kerana saya bergerak terlalu perlahan.

Ini
keluarga tercinta. Terima kasih kerana menyokong aktiviti mama. Doakan agar mama berjaya mencapai cita-cita mama di dalam perniagaan ini.

Ini PJS yang telah banyak membantu saya dalam menangani permasalahan perniagaaan ini. Teguran, tunjuk ajar, motivasi dan bantuan beliau membuatkan saya kuat dan bertahan didalam perjuangan ini. Terima kasih
PJS Pn. Masliza dan suaminya kerana membantu saya walaupun saya dari rangkaian yang berlainan.


Ini pasangan suami isteri yang memberi peluang kepada saya bergiat didalam
program-programPBC anjuran mereka. Terlalu banyak yang saya belajar dari anda berdua. Terima kasih
PJS En Rahmat dan
PJS Pn. Alimah

Ini
rakan-rakan perjuangan saya. Tanpa pertolongan, sokongan, dorongan dan cabaran anda semua, siapalah saya didalam perniagaan saya.


Terima kasih semua, Allah saja yang akan membalas jasamu. Maafkan saya kerana didalam perjalanan ini mesti ada kesilapan yang telah dilakukan.
Mana
rangkaian ku?
Suatu masa dulu saya mengalami keruntuhan rangkaian yang hampir meranapkan seluruh harapan. Kerana sokongan mereka diatas lah saya bergerak semula, membina rangkaian baru. Kepada yang masih bersama ku, PJX Salila, PJX Awada, PRX Yati, PLX Dela, mari kita teruskan perjuangan, Perjalanan ini masih jauh, ia baru bermula. Semuga Allah memudahkan laluan kita. Aminnn
Terima kasih sahabat, kamu semua TemanSejati
.. dari mokde
(PJ Hjh Norziah)