سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Tuesday, September 22, 2009

Raya Kat Kampong

Walaupun tak berapa best beraya kali ini, tapi dah nama nya kampong sendiri, yang tak best pun jadi best

malam raya kami ramai-ramai ke masjid, takbir raya sampai bergegar masjid (bebudak le yang takbir kuat....) Dah jadi tradisi di kampong kami, malam raya ada majlis tahlil, ada sedekah duit raya, untuk bebudak le, kami ni tak payah, kalau di beri pun malu pulak nak amik ...

Yang mokde tunggu ialah saat lepas Solat Sunat Hari Raya, Mokde cepat cepat berdiri depan pintu ruang solat muslimah, bukan apa, nak bersalam-salaman, boleh jumpa kebanyakan orang kampong, orag kampong mokde bukan nya ramai sangat, nanti kalau tak sempat ziarah mereka pun dah ok juga sbb dah jumpa di masjid....

Letih beraya, kalau tak ziarah, nanti anak-anak tak kenal sepupu sepapat, lagipun anak anak kena kenal sedara, tahun depan kan nak pindah balik kampong, Insya Allah

Sempat juga jenguk pundung ku







Tak lama di kampong, raya ketiga dah balik JB, tengah jalan singgah sini.... masjid ini bukan saja cantik dan besar tapi bersih dan selesa.






Perjalanan jauh yang meletihkan, tambah pula kali ni bawa kereta kenit. Kalau Pokde yang memandu, mokde boleh tidor tapi kalau anak bujang tu yang bawa, usahkan nak tidor, nak pejamkan mata pun tak boleh, risau tak tentu pasal. Pokde kata cuba-cuba le beri kepercayaan pada dia (rasa nya baru semalam budak-budak ni berhingus, bila anak-anak dah dewasa, maknanya mokde ni dah tua ler, pakat-pakat sedar diri la weh)

Sampai ke rumah hujan sedang turun dengan lebatnya. Koreng pula kelaparan. Itulah awak koreng, ikut tak mau.... lupa nak tulis, koreng dah ada awek baru, kucing tempatan, 1bangsa 1budaya, 1sistem nilai...gamoknya








Ada aktiviti yang sedang menanti disini..... Majlis-majlis Marhaban untuk Kumpulan Nur Jannah. Kena siapkan puasa syawal dan ziarah sedara mara rakan taulan cepat-cepat, nanti bila dah mula marhaban, dah tak cukup masa.

2 comments:

  1. Salam Mok de..
    Memang betul mokde..kwn sokong..Apa pun lah beraya di kampung juge yag bes..mana hala pun sedara mara kite juge..

    ReplyDelete
  2. salam moke..
    duit raya tahun ni koi bagi singgit je ke budak budak.. sempena satu malaysia..jadi koi bubohlah singgit je dalam sampul duit.

    ReplyDelete

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels