سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Sunday, August 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia





Negara sudah lama merdeka.
Fikirlah sendiri sejauh mana erti kemerdekaan kepada kita,
diri, fikiran, penghidupan, keluarga, masyarakat dan macam-macam

Sekadar muhasabah diri

Friday, August 28, 2009

Majlis Tadarus dan Khatam Al Quran

Salah satu dari aktiviti yang ditunggu-tunggu didalam bulan Ramadhan di sini adalah majlis Tadarus dan Khatam Al Quraan. Tadarus disini bermaksud seseorang membaca Alquraan sementara yang lain menyemak bacaannya. Khatam Quraan diadakan setelah selesai membaca 30juzuk alQuraan. Masuk minggu kedua puasa, hampir tiap hari ada jemputan. Bagi mereka yang tinggal di negeri Johor, mungkin ini perkara biasa, tetapi elok juga mokde buat catitan entri ini sebagai kenangan merantau lama disini, Negeri Johor Darul Takzim.

Majlis ini biasanya dianjurakan oleh individu, persatuan, badan kerajaan atau sesiapa sahaja yang berminat. Bilangan orang tiada had, kalau dengar ada majlis tadarus, datanglah (jangan lupa bawa al Quraan sendiri), mereka mengalu-alukan kehadiran anda. Kalau majlis yang dianjurkan oleh orang persaorangan, biasanya datang dengan jemputan.

Majlis Tadarus dan Khatam Al Quraaan, biasanya diadakan didalam dewan atau rumah. Para hadirin akan di bahagikan kepada 30 kumpulan. Setiap kumpulan akan membaca satu juzuk dari Al-Quraan. Setiap orang didalam kumpulan akan membaca secara bergilir-gilir sementara ahli yang lain menyemak dan membetulkan bacaan. Majlis biasanya bermula jam 9.00 pagi dan semua kumpulan akan dapat menghabiskan bacaan lebih kurang dalam masa satu jam.

Acara Khatam lah yang mokde tunggu-tunggu, barisan yang duduk dihadapan tu kebanyakannya guru-guru AlQuran. Indahnya bacaan mereka. Doa khatam AlQuraan yang dibaca selepas majlis Khatam itu doa biasa saja, tetapi apabila diibacakan doa ini dimajlis tersebut, ianya benar-benar menyentuh hati. Terasa ingin selalu dekat dengan AlQuraan.

Sayang, majlis bagini hanya dihadiri oleh orang-orang seusia mokde, maklum kebanyakan nya sudah bersara. Orang muda kalau ada cuma mereka yang terlibat secara langsung dengan majlis tersebut seperti penganjur, guru-guru Al Quran dan petugas-petugas jabatan ugama, NGO dan sebagainya. Orang macam mokde ni bolehlah, masih ada masa untuk diluangkan, anak-anak pun sudah besar.










Majlis Tadarus & Khatam
Mawar











Masjid BBU-PERKIM

Sunday, August 23, 2009

Impian yang belum tercapai

Susah nya nak capai impian yang ini, banyak benar dugaan yang mendatang....
pundungku


Hari ini cuma berimpian:
Ini jiran di depanku

Ini jiran di kiriku

di kananku, dusun ku
Semuga impian menjadi nyata
Ya Allah, bantulah daku dan permudahkanlah semua urusan didalam merialisasikan impianku, Amin!


jiran dibelakang?????
....hehehehe....
(makhlok Allah juga)

update sept 09


Salam Ramadhan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini







Salam Ramadhan, selamat mengerjakan ibadah puasa kepada sekelian muslim dan muslimin
(jumpa lagi, Insya Allah)

Thursday, August 13, 2009

JKL X X X X dan JDJ X X X X

Mokde dan Kawan Mokde, namanya Jamilah, dah lama jadi ahli HPA, Jamilah terus tido lena tapi mokde usahakan juga perniagaan ini cuma terhegeh-hegeh, tangan dua saja tapi semua nak buat. Walaupun tak fokus tapi boleh lah beli kuda baru, JKL ????, Jamilah kata, awak Jalan Kena Laju

Baru-baru ini jumpa dia di perjumpaan Sahabat, dia kata dia dah bangun dari tidur lena, entah sapa kejutkan, dia pun tak berapa pasti. Cuma sejak dia ambil bas satu lagi (bas sekolah) dengan pendaftaran JDJ ????, dia terjaga, dia kata JDJ tu Jamilah dah Jutawan, wah .... dia kena realisasikan impian. Dah ramai yang berjaya didalam perniagaan HPA.

Jum mokde buat sama-sama, buat betul-betul, biar dua tangan buat satu kerja saja, jangan dua tangan nak buat macam-macam kerja, Jalan Kamu Lembab!!!!!!!!

bagus ye, ada sahabat macam ni, terima kasih Jamilah kerana cubit saya.

Wednesday, August 12, 2009

Luka dan minyak but2


Akhir-akhir ni Koreng selalu balik. Tadi balik dengan kejutan, ada luka dibadannya.
Gaduh ye dengan kucing lain berebut awek Parsi?

Kasihan koreng, tapi mokde tak dapat nak bawa keklinik, minyak but2 pun ok juga.
Insya Allah, baik nanti, minyak ini sangat mujarab untuk manusia,
tentu sesuai juga untuk koreng.


dapatkan minyak but2 anda disini:-

update 19 Ogos 2009
Luka koreng dah baik, alhamdulillah, guna minyak but2 saja,
jirus minyak but2 ke luka sampai basah dengan minyak butbut 2 kali sehari,

nota:
Ahli-ahli HPA yang berminat, boleh ambil gambar-gambar ini sebagai testimoni minyak but2

Sunday, August 9, 2009

Intai-intai



Pagi minggu yang sunyi, jalan depan rumah Mokde sepi. Burung-burung hinggap tenang dihujung julai. Kemudian mereka selalunya akan turun ke tanah.




Aktiviti yang menyeronokkan....intai burung dan tupai. Agaknya masa baginilah Koreng menyerang hendap (kisah dululah...)




kamera tak canggih la, gambar-gambar lain macam memandang dengan mata bulo.

(bulo- rabun)

Koreng Yang Monoi


Semalam Koreng balik, dah montel sikit tapi balik dengan muka monoi.
Mokde tegur pun dia tak layan tapi terus lepak dibawah kerusi.
Kenapa Koreng? Sakit atau awek Parsi tak layan???
Duduk la disini. Jangan kamu tak tau Koreng, kami tak pernah sisih kamu



Sunday, August 2, 2009

Herba HPA dan H1N1

Demam

Kebiasaanya terapi herba untuk kes demam adalah seperti dibawah. Saya kerap juga ditanya tentang H1N1 ,apakah ubat yang herba yang perlu dicadangkan. Penyakit ini merupakan jangkitan akut yang perlu segera dirawat di hospital jika tidak ,boleh menyebabkan kematian. Persediaan herba dibawah merupakan keedah tradisi pengubatan jawi untuk jangkitan Virus namun bagitu kepada penyakit H1N1 perlukan nasihat dari doktor.


1. IMT - 3 kapsul selang 2 jam ( 3 x 6)
2. Teh roselle - (minum terus menerus) - hingga habis sekotak.
3. spirulina - 2 kapsul selang 2 jam sehingga habis 1 botol.
4. eq minda - minum hingga sembuh.
5. sewaktu kepanasan mendadak tinggi,jaram dengan daun bunga cina.

HPA - Harapan Paling Akhir.

H1N1

Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah "pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan" . Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti:-
1. IMT - 3 x 3
2. Roselle - 5 x 3 dan teh roselle - 2 x3
3. Madu corcinium - 2 x 3
4. kopi Radix
5. Malac - 2 x 3
6. Teh herba

Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian. InsyaAllah

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels