سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Saturday, March 27, 2010

Anak, Perhatian dan Kasih Sayang

Sebenarnya entri ini susah sangat bagi mokde untuk menyusun ayat agar tiada yang terasa. Akhirnya ini saja yang dapat mokde luahkan

Hari tu semasa anak ambil keputusan SPM, mokde sangat teruja untuk tumpang suka duka mereka. Walau pun tak capai target, tapi tak mengapa, mereka dah usaha sebaik mungkin.

Balik dari sekolah dia bawa kawan dan kawan dia duduklah dirumah mokde hingga malam baru balik. Keputusan dia jauh lebih baik dari anak mokde.

Minggu lepas sekolah anak Mokde mengadakan majlis penyampaian anugerah cemerlang. anak mokde dan kawan dia juga diantara penerima anugerah. Mokde dan Pokde rasanya yang penyibuk hadir, macam sendiri yang akan terima anugerah. Selesai majlis, kawan anak pun ikut balik kerumah kerumah kami, bersama hadiah-hadiah dan sijil-sijil yang dia dapat. Duduk lagi sampai malam.

Bila mokde tanya anak, dia kata keluarga diaorang tak heran sangat dengan pencapaian yang dia dapat. Adik-beradik mereka jenis yang semua mata pelajaran dapat A. Dia ni kira tak cemerlang pada keluarga mereka.

Patutlah selama ini mokde tenguk dia macam tak ceria saja. Tak baik pilih kasih, tak semua anak sama pintarnya.

Apa pun, itu semua pandangan mokde. Bersangka baik, cara mereka berlainan didalam memberikan perhatian dan kasih sayang

ingin yang tertinggi

hahaha ok la tu
alhamdulillah


Thursday, March 25, 2010

Buang Bayi Lagi

Koreng dah lari entah kemana.
Tinggal aweknya, Koko yang garang, maklum baru beranak
tak tahu beranak di hospital mana,
masa makan saja balik

koko yang garang


Ini budak berjaya jinakkan Koko


Sekarang Koko dah tak balik lagi
tak tahu beranak dimana
mungkin anaknya dah pandai buang najis bersepah
dan Koko bersama-sama anaknya mungkin dibuang orang
maklum sekarang musim buang bayi
....sedih ....

KOKO dalam Kenangan



Monday, March 22, 2010

Jeruk Asam Belimbing Buluh

Mokde baru balik dari kampong. Kali ni layan mak ziarah anak sedara dia yang tak berapa sihat di Kpg Sanggang Seberang. Mereka pelawa makan tengah hari. Ada belimbing jeruk, sesetengah orang Pahang panggil asam hitam. Lepas makan dengan tak malunya Mokde mintak sikit jeruk belimbing tu.hehehe best !!!!

(nanti mokde upload gambar)



Hajat nak buat sambal macam kat blog rodong di sini Selamat mencuba kepada diri sendiri.

Sunday, March 14, 2010

Kerja Kawin Pai



Hari ini baru terasa hilang penat tolong ipar jayakan majlis perkahwinan anaknya, Pai.
Dulu tolong juga tapi kali ni kami kena tolong didapor, masuk kumpulan tukang masak.
Tolong tu tak ada hal tapi yang tak best tu sbb mokde tak boleh melawa
(maklum kat tepi periok besar, tak sesuai hehehehe ......)


Ini ketua tukang masak dengan pokde
(entah apa yang di gelakkan tu tak tau la)

mungkin sebab semua masakan dah siap
(menu biasa jer, nasi minyak, dalca, ayam masak merah, daging masak briani, acar mentah, nasi putih dan sadikit lauk untuk nasi putih, bubur)


Ini semua pembantu tukang masak, ipar2 anak2 sedara




Ini tukang sibuk, bukan pandai sangat
Ini seorang lagi tukang sibuk, tak dapat nak melawa


Ini Bapa pengantin,
ini mak pengantin
(maaf, tiada gambar lain sebab dia sibuk dihadapan, menyambut tetamu,

Pengantin dah datang
Ini adik2 yang jaga air minuman
(tenguk tu, air batu bandung guna RADIX IceCream Soda)

Ini yang riuh-riuhkan majlis
Terima kasih semua


Moral:
Jika bersatu hati, kerja berat jadi ringan, ikatan keluarga jadi erat
(jimat hngget juga ...hehehehe)


Pesanan Penaja
Sesiapa berminat untuk tempahan katering untu majlis-majlis sekitar JB
boleh lah email mokde norzizali(at)yahoo.com
(gantikan (at) dengan @ apabila menghantar email

Thursday, March 11, 2010

Perasaan Apakah Ini?

Keputusan SPM anak dia 10 A+, 1 A dan 2 A- !!!!!
wow dia menang lagi ....

Mokde dah jangka, Moosa anak saudara mokde akan kumpul semua A dalam apa jua peperiksaan yang dia ambil. Bukan dia saja tetapi kesemua adik-beradik dia yang sudah ambil peperiksaan setakat hari ini. Mak dia adalah adik mokde.

Mokde dan adik mokde ni memang rapat dan sebagai oang yang sadikit berjaya pada masa dulu, mokde pernah cabar dia agar menjadi lebih baik dari mokde. Bila dia tanya kenapa, mokde kata dia mesti lebih berjaya sebab dia ada mokde yang memberi sadikit panduan berbanding mokde yang terkial-kial seorang diri.

Mokde rasa puas hati sangat walaupun mokde hanya belajar diuniversiti tempatan biarpun dia berjaya ke luar negara.
Mokde masuk asrama penuh akedemi, tapi dia masuk asrama penuh ugama
Mokde hanya setakat 'degree' tetapi dia belajar hingga 'master' level.
Mokde kawin lambat dan dapat 3 anak, dia pun kawin lambat juga tapi dia ada 9 anak.
Anak-anak mokde pandai, tapi anak-anak dia lebih pandai
Anak mokde dwi bahasa sahaja, tapi anak dia fasih Bahasa Arab sebagai tambahan
Anak mokde solat, tapi anak dia sentiasa solat diawal waktu
Anak mokde dapat tawaran MRSM, anak dia dapat tawaran Kolej Islam
anak mokde keluar dari MRSM sebab tak dapat sesuaikan diri dengan sekolah asrama, anak dia tak dapat pergi Kolej sebab pada masa itu berstatus bukan warga negara.
Sekarang anak mokde baru nak mohon universiti tapi anak dia sudah pun berada di Universiti Petronas

Perasaan apakah ini?
cemburu? o tidak, tak pernah
kesal? pun tidak
jadi apa?
... masih mencari jawapan

Apa pun mokde sangat bersyukor
kerana Fatimah dapat 4A, 1 B, 4C didalam SPMnya
(semua subjek sains dan add.math dapat C walau pun dulu macam ada banyak problem)

TAHNIAH DAN BAIKI MANA YANG TERMAMPU
Perjalanan ini sebenarnya baru bermula.
Terima kasih kepada semua cikgu-cikgu SDARY yang telah membimbingnya dan kawan-kawan dia yang saling bantu membantu.


KEPADA MOOSA
TERUSKAN KECEMERLANGAN ANDA, DUNIA AKHIRAT. Mokde tumpang gembira


SEKADAR MUHASABAH DIRI
JANGAN LALAI UNTUK BERSYUKUR


Adikku, emak Moosa

Sunday, March 7, 2010

merayau-rayau

Salam semua
Anak bujang dah balik ke kolej di Kuantan, anak sulung buat tahi mata, maklum hari ini tak kerja, anak kenit tengah seronok kerja, hari minggu pun buat kerja lebih masa. Pokde ada majlis dengan kariah masjid. Terasa sunyinya rumah ..... apa lagi, mokde pun merayau-rayau lah cari kekewan di dunia maya. Jumpa pula satu blog istimewa, Anak Pahang Blogger yang membuat kan mokde rindu teramat sangat kat kampung halamanku.

Nok gonekan ye, ni nunggu mase yang sesuwei nok balik. ementara ter kena ulang alik gituler.

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels