سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Saturday, December 29, 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran



Selamat Hari lahir semuga diberkati Allah selamanya, amin,amin,amin

Wednesday, August 29, 2012

Baju Raya


Seperti biasa hidup kami penuh warna-warni, termasuk pakaian hari raya ...

Aidil fitri 2010

Aidil Fitri 2011


Aidil Fitri 2012

Aidil Fitri 2013

Aidil Fitri 2014
(ada ahli baru - menantu lelaki, anak lelaki tak dapat balik)

Monday, April 30, 2012

Jubli Perak weh

Meraikan Ulang tahun ke 25 Perkahwinan kami. 
Tumpang bergambar di pelamin Azrul & Laila

Semuga di Berkati Allah selamanya
Amin, amin, amin







Wednesday, September 7, 2011

AidilFitri 1432 - 2011M



tiada kata-kata, semua best

Friday, December 31, 2010

Ulang Tahun ke 24


Semuga diberkata Allah selamanya
amin

Ini ulangtahun ke 25 baru2 ni
(tumpang pelamin sepupu)

Tuesday, December 7, 2010

Happy Birthday

Semuga Panjang Umur
Kukuh Iman
Berkat Rezeki
Sihat Tubuh badan dan Akal Fikiran
Bahagia Dunia Akhirat
Amin


Dari:-
Mama, Yuyu, Meme, Mimah


Terima kasih kepada Yuyu, Meme dan Mimah kerana menjayakan majlis tadi.








Monday, April 26, 2010

Konvokesyen PJB - 26 April 2010

TAHNIAH ANAKKU, NAZIRAH


Didalam dewan, sedang berjalan dihadapan sekali

Senyum lebar

Bersama teman-teman seperjuangan
bersama Adik
bersama keluarga, mana seorang lagi?





Pesanan Penaja Untuk Fatimah
(Gadis & Bunga-Bunga)
SEPATUTNYA ANDA NANTI LEBIH HEBAT
InsyaAllah

Saturday, April 3, 2010

Ini apa ma?

Itu soalan anakku kepada sajian pagi tadi.

hahaha
ini namanya
roti berlapik sos tomato tepek sambal tumis mixvegi ikan bilis berpanggang
Minuman : Kopi Radix

ini bekfas orang malas,
bukan malas masak, tapi malas pergi kedai beli barang dapor.
masak dengan apa yang ada saja didapor

siap bungkus untuk bawa bekal pergi kerja

moral:
nama mesti canggih sbb nak tutup kekurangan

Saturday, March 27, 2010

Anak, Perhatian dan Kasih Sayang

Sebenarnya entri ini susah sangat bagi mokde untuk menyusun ayat agar tiada yang terasa. Akhirnya ini saja yang dapat mokde luahkan

Hari tu semasa anak ambil keputusan SPM, mokde sangat teruja untuk tumpang suka duka mereka. Walau pun tak capai target, tapi tak mengapa, mereka dah usaha sebaik mungkin.

Balik dari sekolah dia bawa kawan dan kawan dia duduklah dirumah mokde hingga malam baru balik. Keputusan dia jauh lebih baik dari anak mokde.

Minggu lepas sekolah anak Mokde mengadakan majlis penyampaian anugerah cemerlang. anak mokde dan kawan dia juga diantara penerima anugerah. Mokde dan Pokde rasanya yang penyibuk hadir, macam sendiri yang akan terima anugerah. Selesai majlis, kawan anak pun ikut balik kerumah kerumah kami, bersama hadiah-hadiah dan sijil-sijil yang dia dapat. Duduk lagi sampai malam.

Bila mokde tanya anak, dia kata keluarga diaorang tak heran sangat dengan pencapaian yang dia dapat. Adik-beradik mereka jenis yang semua mata pelajaran dapat A. Dia ni kira tak cemerlang pada keluarga mereka.

Patutlah selama ini mokde tenguk dia macam tak ceria saja. Tak baik pilih kasih, tak semua anak sama pintarnya.

Apa pun, itu semua pandangan mokde. Bersangka baik, cara mereka berlainan didalam memberikan perhatian dan kasih sayang

ingin yang tertinggi

hahaha ok la tu
alhamdulillah


Thursday, February 11, 2010

Saudara mara ku

Klik sini, mungkin kita bersaudara

Thursday, December 31, 2009

Ulang Tahun

Hari ini genap 22 tahun usia perkahwinan kami .......
Semuga diberkati Allah selamanya.
Amin


Sibuk nak pindah ke Pundung Ku,
tak sempat nak buat majlis,
baca doa selamat sendiri saja


Thursday, December 3, 2009

cuti cuti Malaysia

relek mata dan otak

sejuk-sejukkan badan

jalan-jalan

hargai 'quality time', badan sihat,
alhamdulillah

Sunday, September 6, 2009

entri tanpa topik

Beberapa kali taip entri ini tapi tak menjadi, tersentuh hati mokde dengan nasib kaum sejenis.

Siang tadi pergi hospital ambil kawan baru keluar wad bersalin. Jururawat hantar kawan mokde kekereta dengan kerusi roda.Mokde pula dukung baby bawa kedalam kereta (kekok juga sbb dah lama tak pegang baby). kawan yang pangkat adik tu uruskan dokumen dan bawa barang2 masuk dalam kereta. kawan yang pangkat nenek tu pangku baby dalam kereta. Pas tu mokde start kereta dan terus bawa balik rumah dia, jauh juga tapi sebab jalan dalam bandar, tak rasa lah jauhnya.

sampai rumah jam dah pukul 5ptg, kemaskan tempat baby, taruk baby kat katil dia. kakak baby duduk menghadap baby, nak usik, nak pegang, nak angkat baby. Ingat ni anak patung ke? Abang yang besar tu boleh diharap, tolong tunggu baby. jangan beri adik angkat baby.

kawan yang pangkat nenek tu pergi masak nasi dan lauk orang dalam pantang. tak ada masalah, semua barang ada dalam peti sejuk. makanan berbuka tak kisah, pasar ramadhan dekat. nanti abang boleh pergi beli. kawan yang satu lagi layan yang bersalin tu. mokde pergi kat luar rumah, menahan tangis.

Bila semua dah beres, mokde hantar kawan mokde yang pangkat adik tu balik kerumah dia, jauh juga... 15 minit dengan kereta. kawan yang pangkat nenek tu, tinggal kat rumah kawan yang bersalin, tunggulah beberapa hari hingga dia segar sikit, maklum bersalin pembedahan. Kul 6.45 mokde sampai rumah.

Apa yang sedih sangat? entah lah. Mokde dulu masa balik dari hospital bawa baby ada lah saat yang paling manis. pokde jemput kat sepital, mok pangku baby, kat umah semua dah siap menanti.

Sedih tengok nasib kawan mokde ini, mak pak takde, saudara mara jauh, husband? entah dimana, malas nak ulas... tak hirau anak bini...

Apa pun dia kata alhamdulillah, ada kawan-kawan, syukur juga dia dan baby sihat.

Moral kali ini: bersyukor lah dengan apa yang kita ada, ada orang lain yang lebih susah. lain orang lain susahnya.

ni bayi mokde belasan tahun yang lampau:-

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels