سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Friday, August 28, 2009

Majlis Tadarus dan Khatam Al Quran

Salah satu dari aktiviti yang ditunggu-tunggu didalam bulan Ramadhan di sini adalah majlis Tadarus dan Khatam Al Quraan. Tadarus disini bermaksud seseorang membaca Alquraan sementara yang lain menyemak bacaannya. Khatam Quraan diadakan setelah selesai membaca 30juzuk alQuraan. Masuk minggu kedua puasa, hampir tiap hari ada jemputan. Bagi mereka yang tinggal di negeri Johor, mungkin ini perkara biasa, tetapi elok juga mokde buat catitan entri ini sebagai kenangan merantau lama disini, Negeri Johor Darul Takzim.

Majlis ini biasanya dianjurakan oleh individu, persatuan, badan kerajaan atau sesiapa sahaja yang berminat. Bilangan orang tiada had, kalau dengar ada majlis tadarus, datanglah (jangan lupa bawa al Quraan sendiri), mereka mengalu-alukan kehadiran anda. Kalau majlis yang dianjurkan oleh orang persaorangan, biasanya datang dengan jemputan.

Majlis Tadarus dan Khatam Al Quraaan, biasanya diadakan didalam dewan atau rumah. Para hadirin akan di bahagikan kepada 30 kumpulan. Setiap kumpulan akan membaca satu juzuk dari Al-Quraan. Setiap orang didalam kumpulan akan membaca secara bergilir-gilir sementara ahli yang lain menyemak dan membetulkan bacaan. Majlis biasanya bermula jam 9.00 pagi dan semua kumpulan akan dapat menghabiskan bacaan lebih kurang dalam masa satu jam.

Acara Khatam lah yang mokde tunggu-tunggu, barisan yang duduk dihadapan tu kebanyakannya guru-guru AlQuran. Indahnya bacaan mereka. Doa khatam AlQuraan yang dibaca selepas majlis Khatam itu doa biasa saja, tetapi apabila diibacakan doa ini dimajlis tersebut, ianya benar-benar menyentuh hati. Terasa ingin selalu dekat dengan AlQuraan.

Sayang, majlis bagini hanya dihadiri oleh orang-orang seusia mokde, maklum kebanyakan nya sudah bersara. Orang muda kalau ada cuma mereka yang terlibat secara langsung dengan majlis tersebut seperti penganjur, guru-guru Al Quran dan petugas-petugas jabatan ugama, NGO dan sebagainya. Orang macam mokde ni bolehlah, masih ada masa untuk diluangkan, anak-anak pun sudah besar.










Majlis Tadarus & Khatam
Mawar











Masjid BBU-PERKIM

Sunday, August 9, 2009

Intai-intai



Pagi minggu yang sunyi, jalan depan rumah Mokde sepi. Burung-burung hinggap tenang dihujung julai. Kemudian mereka selalunya akan turun ke tanah.




Aktiviti yang menyeronokkan....intai burung dan tupai. Agaknya masa baginilah Koreng menyerang hendap (kisah dululah...)




kamera tak canggih la, gambar-gambar lain macam memandang dengan mata bulo.

(bulo- rabun)

Saturday, March 14, 2009

Kek Pisang

Hadir Majlis Maulid Nabi ( dan tahlil dan doa selamat)

Kumpulan Yasin kami, Kumpulan Nur Jannah, di jemput ke majlis Yasin.. Alhamdulillah kami dapat sempurnakan majllis itu. (Kami juga selalu dapat jemputan dan selalu dapat pujian, maksudnya bacaan kami tertib, lagipun ahli-ahli kami tak ramai, jadi senang untuk diuruskan)

Hari ini Mokde bukan bercakap mengenai majlis itu atau Kumpulan Nur Jannah tetapi pasal kek pisang yang di sajikan di majlis tersebut.

Kek Pisang adalah makanan biasa saja tetapi dimajlis tadi kek pisang telah di "luar biasa" kan oleh pembuatnya. Sayang Mokde tidak bawa kemera, handset mokde tiada fasiliti kamera)

Kek pisangtadi di kukus dalam bentuk yang berbagai-bagai (acuan-acuan kecil) dan pelbagai perisa, dan di gubah menjadi sepohon pokok di dalam pinggan besar, cantik nya...... alahai, sayang nak makan

Mokde makan daun, berperisa pandan, batang rasa kek kek pisang biasa, bunga seperti rasa jagung........
Mokde nak rasa buah tetapi terasa segan pula, dah makan banyak sangat.

Kawan-kawan beritahu rasa jem nenas.


.... yang menghargai seni dan kecantikan ialah ...
Mokde

Sunday, March 8, 2009

Wedding Anak Pengarah

Hari ini hadir ke majlis perkahwinan anak salah seorang Pengarah di syarikat tempat moke kerja dulu.

Seronok dapat jumpa kawan-kawan lama. Antaranya Haji Hisham & Izan, Hj Khaider & Sanimah, Hj. Dollah & Zu, G dan Alwi, Cik Tim & hubby, Pn. Ain, Nazri, Mdm Chew dan ramai lagi yang tak dpt di sebutkan nama sbb tak smpat nak tegur.

Ada yang dari jauh lagi dah lambai tapi ada juga yang depan mata pun dia buat-buat tak nampak. Itulah realiti manusia, ada kawan sepanjang zaman, tapi ada juga kawan apabila kita ada kepentingan kepada nya sahaja.

Ini adalah pelajaran yang di pelajari dari "Universiti Pengalaman"

PENGALAMAN ITU INDAH

mokde

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels