سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Sunday, September 6, 2009

entri tanpa topik

Beberapa kali taip entri ini tapi tak menjadi, tersentuh hati mokde dengan nasib kaum sejenis.

Siang tadi pergi hospital ambil kawan baru keluar wad bersalin. Jururawat hantar kawan mokde kekereta dengan kerusi roda.Mokde pula dukung baby bawa kedalam kereta (kekok juga sbb dah lama tak pegang baby). kawan yang pangkat adik tu uruskan dokumen dan bawa barang2 masuk dalam kereta. kawan yang pangkat nenek tu pangku baby dalam kereta. Pas tu mokde start kereta dan terus bawa balik rumah dia, jauh juga tapi sebab jalan dalam bandar, tak rasa lah jauhnya.

sampai rumah jam dah pukul 5ptg, kemaskan tempat baby, taruk baby kat katil dia. kakak baby duduk menghadap baby, nak usik, nak pegang, nak angkat baby. Ingat ni anak patung ke? Abang yang besar tu boleh diharap, tolong tunggu baby. jangan beri adik angkat baby.

kawan yang pangkat nenek tu pergi masak nasi dan lauk orang dalam pantang. tak ada masalah, semua barang ada dalam peti sejuk. makanan berbuka tak kisah, pasar ramadhan dekat. nanti abang boleh pergi beli. kawan yang satu lagi layan yang bersalin tu. mokde pergi kat luar rumah, menahan tangis.

Bila semua dah beres, mokde hantar kawan mokde yang pangkat adik tu balik kerumah dia, jauh juga... 15 minit dengan kereta. kawan yang pangkat nenek tu, tinggal kat rumah kawan yang bersalin, tunggulah beberapa hari hingga dia segar sikit, maklum bersalin pembedahan. Kul 6.45 mokde sampai rumah.

Apa yang sedih sangat? entah lah. Mokde dulu masa balik dari hospital bawa baby ada lah saat yang paling manis. pokde jemput kat sepital, mok pangku baby, kat umah semua dah siap menanti.

Sedih tengok nasib kawan mokde ini, mak pak takde, saudara mara jauh, husband? entah dimana, malas nak ulas... tak hirau anak bini...

Apa pun dia kata alhamdulillah, ada kawan-kawan, syukur juga dia dan baby sihat.

Moral kali ini: bersyukor lah dengan apa yang kita ada, ada orang lain yang lebih susah. lain orang lain susahnya.

ni bayi mokde belasan tahun yang lampau:-

Wednesday, May 6, 2009

Siapakah?

Siang tadi keluar dari kesesakan bandaraya JB dan memandu ketimur Johor untuk temankan kawan ziarah jiran lama dia yang sakit.

Melihat kepada rumah besar dan kawasan yang luas dan di kelilingi pula oleh deretan rumh sewanya, jiran lama kawan mokde ni seorang yang boleh dikira berada. Lelaki berusia hampir 90 tahun ini masih aktif dengan aktiviti masyarakat, masih sihat, dia kata dia memotong sendiri rumput di perkarangan rumahnya yang luas itu. Dari bicaranya dia kelihatan sangat bersyukur dengan apa yang dia miliki

Bukan kekayaan dia yang menarik hati mokde tetapi pegangan dia.

dia ada bercerita, ramai orang bertanya kenapa dia tak berkahwin lagi sedangkan isterinya telah lama terlantar sakit dan dia sangat mampu? Jawapan dia senang jer....

katanya, sebagai manusia biasa, kalau dah ada yang baru, yang lama tentu terabai,
dia tak sanggup perkara ini berlaku kepada isterinya. Selama 60 tahun isterinya menjaga makan pakainya, keperluannya, melahir dan mendidik anak-anaknya, menjaga harta bendanya, takkan lah dia tak boleh menjaga isterinya yang baru beberapa tahun sakit

siapakah yang sebenarnya bertuah?

mokde terkedu......

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels