سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Showing posts with label kpg. Show all posts
Showing posts with label kpg. Show all posts

Friday, November 6, 2009

Waktu Banjir

Masih ingatkah lagu ini?

"Laut ngeri dibulan Disember
ada kalanya lebih simpati,
kerana mengambil diri
dan melimpahkan rezeki,
serentak pada hidup kami".
...Zubir Ali.

Lagu ini menceritakan sebahagian kisah musim tengkujuh di pantai timur. Walau pun mokde tidak tinggal di tepi pantai , tetapi lagu ini tetap mengingatkan akan susahnya banjir pada tahun 1971. Hujan yang turun tak berhenti-henti bagitu mengerikan. Sebahagian besar kampung kampung tenggelam, air Sungai Pahang melimpah kekampung-kampung sekitar, hanya beberapa buah rumah saja yang tak tenggelam, termasuklah rumah pusaka wan, 2 mata tangga saja lagi nak sampai lantai

mokde dan orag-orang kampung pindah ke darat, buat pondok pisang sesikat, hujan turun tak berhenti, air makin naik, beras habis, brg makanan lain lagilah habis, mak goreng padi, tumbuk pakai lesung batu untuk jadikan beras. Beberapa hari kemudian baru ada heli turunkan bantuan, beras, sadin, ikan kering (Syukur, walau serba payah, kami tidak lah kelaparan didalam kesejukan)

Malam sangat sejuk, kayu basah, camner nak buat unggun api, takut juga sbb ada bau harimau.

Banjir 2007 mokde tiada di kpg, rumah jiran mokde di depan Lot2216, air naik sampai pintu pagar,

pundung mokde terletak dikawasan yang tinggi sikit saja dari rumah ini.
Mudah-mudahan jangan lah banjir lagi, .......
Amin, amin amin

Sama ada banjir masa dulu mahupun banjir zaman ini, kedua-duanya susah. Oleh itu sedapat mungkin, sahutlah seruan ini untuk membantu saudara-saudara kita yang berhadapan dengan banjir.

Thursday, November 5, 2009

Pundung dan Banjir

Dengar cerita hujan dah mula turun dinegeri-negeri Pantai Timur, tak terkecuali di kpg Mokde di Pahang. Mokde ambil link pantau aras air Sg Pahang ni dari blog Koi Anak Pahang, berguna ni, terima kasih.
Kalau pundung Mokde dah siap dan kalau banjir berlaku tahun ni kat kpg Mokde, bolehlah orang kpg berlindung kat situ, tinggi lah sikit tempat tu

Saturday, October 31, 2009

Balik kpg lagi

Balik kampung lagi
pundung ku dah nak siap daa ........

Gambar????
biarlah rahsia dulu !!!!!

dibawah ni lakaran awal yang telah 50% diubah

bagaimana pun mokde baru buat 1st stage dulu,
yang lain kemudian

Tuesday, September 22, 2009

Raya Kat Kampong

Walaupun tak berapa best beraya kali ini, tapi dah nama nya kampong sendiri, yang tak best pun jadi best

malam raya kami ramai-ramai ke masjid, takbir raya sampai bergegar masjid (bebudak le yang takbir kuat....) Dah jadi tradisi di kampong kami, malam raya ada majlis tahlil, ada sedekah duit raya, untuk bebudak le, kami ni tak payah, kalau di beri pun malu pulak nak amik ...

Yang mokde tunggu ialah saat lepas Solat Sunat Hari Raya, Mokde cepat cepat berdiri depan pintu ruang solat muslimah, bukan apa, nak bersalam-salaman, boleh jumpa kebanyakan orang kampong, orag kampong mokde bukan nya ramai sangat, nanti kalau tak sempat ziarah mereka pun dah ok juga sbb dah jumpa di masjid....

Letih beraya, kalau tak ziarah, nanti anak-anak tak kenal sepupu sepapat, lagipun anak anak kena kenal sedara, tahun depan kan nak pindah balik kampong, Insya Allah

Sempat juga jenguk pundung ku







Tak lama di kampong, raya ketiga dah balik JB, tengah jalan singgah sini.... masjid ini bukan saja cantik dan besar tapi bersih dan selesa.






Perjalanan jauh yang meletihkan, tambah pula kali ni bawa kereta kenit. Kalau Pokde yang memandu, mokde boleh tidor tapi kalau anak bujang tu yang bawa, usahkan nak tidor, nak pejamkan mata pun tak boleh, risau tak tentu pasal. Pokde kata cuba-cuba le beri kepercayaan pada dia (rasa nya baru semalam budak-budak ni berhingus, bila anak-anak dah dewasa, maknanya mokde ni dah tua ler, pakat-pakat sedar diri la weh)

Sampai ke rumah hujan sedang turun dengan lebatnya. Koreng pula kelaparan. Itulah awak koreng, ikut tak mau.... lupa nak tulis, koreng dah ada awek baru, kucing tempatan, 1bangsa 1budaya, 1sistem nilai...gamoknya








Ada aktiviti yang sedang menanti disini..... Majlis-majlis Marhaban untuk Kumpulan Nur Jannah. Kena siapkan puasa syawal dan ziarah sedara mara rakan taulan cepat-cepat, nanti bila dah mula marhaban, dah tak cukup masa.

Aidil Fitri Tahun Ini

Sblm tiba rumah , sempat singgah pasar Ramadhan yang di tepi Sungai Pahang tu. Masih ramai lagi orang berniaga walau pun esoknya dah raya. Disini mokde jumpa 2 benda yang dah lama cari:-






buah kuran, rasanya yang masam manis tu sedap di kesit selepas makan berlauk ikan








Halwa Abu, kueh tradisi empok di dalam mulut. Resepi nya ringkas, membuat nya senang tapi kalau tak kena cara, ia jadi keras, boleh buat peluru lastik






Kami beraya di rumah abang saja sebab mak berada di rumahnya. Raya tahun ni tak berapa tak berapa best sebab:-
1. Kami tak dapat balik kpg lama, anak dara mokde tu tak dapat cuti lama
2. Adik yang duduk kat kelantan tu tak balik, pas raya ni anak dia ada yang nak amik PMR dan SPM. Apalah nak risau sangat, anak dia tu semua jenis bergasak A bergolek arek, macam dan gerenti, insya allah, popalih cerdiknya anak dia.
3. Adik yang memang duduk kat kpg pula beraya kat Melaka rumah mertua. Mokde aje dengan abang kat umah, abang pulak anak anak semua kat rumah mertua memasing. Nasib baik la abang nikah sekampong, tak lah balik kemana-mana ....

Walau adik beradik tak memenuh, tapi satu kampung tu macam semua sedara. kalau rajin mencari susur galur, semua satu kampung ada kena mengena. Tetamu tak henti juga datang, terutama sebab ada mak di rumah.

Moh lah makan minum apa yang ada



















Apa pun Alhamdulillah, dan juga beraya tahun ni
Al Fatihan untuk kawan-kawan Mokde yang dah pergi terlebih dahulu

Syukor Badan Sihat, Otak cergas lagi

Friday, September 18, 2009

Jom Semua Balik Kampung

Mokde nak balik kampung dah. Raya kali ini balik kampong Mokde. Ngang sangat rasa di hati walaupun dapat balik cuma sebentar. Selasa balik JB sebab Rabu anak dah nak kerja.

Apa pun alhamdulillah, dapat balik lagi, jumpa mak lagi, jumpa orang kampong lagi, makan ketupat palas lagi, rendang kerbau lagi, yang penting dapat berborak dalam bahasa daerah lagi.... puas hati...

(ngang - senang hati/suka hati )

Thursday, September 10, 2009

Balik Kampung-Entri entah apa-apa

Balik kampung naik keretapi lagi (seorang diri). Air Sungai Phg surut tapi tak jejaskan ternakan patin dan talapia sangkar. Kerbau masuk pagar, repam tanaman dibuatnya. Jenguk mak, jenguk pundung, puasa kat kpg meriah






Balik ke Johor, sahur dalam keretapi, penumpang kurang, penat sangat, patut turun di Stesen Kempas Baru tapi terlajak ke stesen JB (tertidur laa) ..... nasib baik tak menyemberang Tambak terus ke Tanjung Pagar di Singapura (passport ada ke??)



Pengajaran:-Lain kali ukur baju dibadan sendiri, buat kerja ikut kudrat

Sunday, August 23, 2009

Impian yang belum tercapai

Susah nya nak capai impian yang ini, banyak benar dugaan yang mendatang....
pundungku


Hari ini cuma berimpian:
Ini jiran di depanku

Ini jiran di kiriku

di kananku, dusun ku
Semuga impian menjadi nyata
Ya Allah, bantulah daku dan permudahkanlah semua urusan didalam merialisasikan impianku, Amin!


jiran dibelakang?????
....hehehehe....
(makhlok Allah juga)

update sept 09


Sunday, July 26, 2009

lot2216 dan Durian



Berpagi-pagi kami ke Lot2216 untuk kutip durian gugur.
Dah nak habis tapi masih ada.





Moosa cebet 6 biji durian dengan kedua tangannya. Kami dapat beberapa biji, ada juga yang kobong makan dek mende

Anda tau kegunaan benda yang tersandar di batang pokok durian ni?
Di bawah atap zink tu diletakkan radio transistor yang akan dipasang waktu siang. Riuh coleteh DJ dan apa jua siaran dari radio tu akan bertindak menghalau tupai dan monyet yang akan datang untuk makan buah-buah tersebut. Alat ini namanya legang. Dulu legang pakai tali dan tin kosong yang diisi batu, di tarik talinya dan akan menghasilkan bunyi. Sekarang kami upgrade sikit. nanti kalau pundung dah siap, boleh tarik kuasa letrik dari situ dan legang radio boleh beroperasi 24jam. Sekarang pakai beteri saja.



Sebelum balik, sempat juga jeling arah ke pundung ku. Projek slow macam siput menginsut. (Ingatlah ada yang tersirat disebaliknya, apa-apa hal alhamdulillah, masih kenal sifat Allah yang harus)



Mokde


Sunday, June 7, 2009

Lot 2216 dan Pundung ku

Kalau balik kampung mesti kesini, Lot2216


tak semak sangat

menghijau

berbuah tahun ini, alhamdulillah

tak kisahlah rezeki siapa nanti, manusia ke atau haiwan


dan pundung ku
lama lagi nak siap
apa pun
kuingin segera ke sini
tetapi masa belum mengizinkan.....
suatu hari nanti, ku kesini jua
dengan Izin Nya

balik kampong

Agenda wajib, balik kampung bersama keluarga pada musim cuti sekolah. Biasanya, pada ketika cuti baginilah saudara mara ramai yang balik, maklum cuti sekolah adalah musim majlis kahwin, ini peluang untuk rapatkan hubungan kekeluargaan, jangan nanti anak-anak tak kenal saudara-mara di kampung, lupa asal usul.

.........................

Perjalanan yang jauh,
letih,
mengantuk,
rimas,
bila nak sampai,
singgah di sini sebentar




...................................

Saat yang paling bahagia,
perjalanan yang jauh terasa baru sebentar apabila sungai yang permai itu telah mula kelihatan dicelah-celah pohon kayu di tepi jalan,
rindu ku mula terubat








destinasi yang kian hampir

di sisi ku,
pemandangan yang indah

arah kehilir

sikit lagi nak sampai
di mana ye?
kampung ku
di tepi Sungai Pahang
yang indah permai
....tanah tumpah darah ku....
di bumi mu
ada insan yang amat ku rindu
ratu hati ku,
idolaku,
sumber ilhamku
IBU Ku



Tuesday, April 28, 2009

Apa kabar orang kampung

Dah masuk Mei, bulan April tak dapat balik kampung, Apa karbar mak?



yang rindu mak

mokde

Friday, April 3, 2009

Nak balik kpg laaa



bila ada masa selalu surf blog blog dari Pahang.... terasa dekat dihati ku setelah sekian lama di perantauan. Rindu ku menggamit. terkenang mandi di sungai pahang, tak pernah serik walau hampir lemas dibawa arus...tapi sekarang mana ada lagi tempat untuk mengimbau kenangan lampau tempat mandi dah bertukar jadi sangkar-sangkar patin yang tak terkata enaknya dibuat gulai tempoyak.

patin di sini pun ada juga kat pasar tapi tak sanggup nak makan ....... isinya kuning jer, . ikan tu di beri makan apa ye?

Masa belum mengizinkan untuk balik. Biar anak habiskan form 5 kat sini dulu. Lagi pun pondok kat lot 2216 tu lum siap lagi...

tunggulah kepulangan mokde
tak lama lagi

mokde

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels