سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Friday, December 31, 2010

Ulang Tahun ke 24


Semuga diberkata Allah selamanya
amin

Ini ulangtahun ke 25 baru2 ni
(tumpang pelamin sepupu)

Sunday, December 26, 2010

Kursus Keusahawanan



Tempat:
Pusat Usahawan MARA
Teknology Park, UTM
Skudai, Johor Bahru

Tarikh 21-26Dec2010

Anjuran: Jabatan Pembangunan Wanita Johor


Saturday, December 25, 2010

Bengkel Jahitan Langsir

Modul: Bengkel Jahitan Langsir
Tempat: Bengkel Jahitan, Fakulti Pendidikan UTM, Skudai
Tarikh: 11-20 Dec 2010
Anjuran: Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor
Terima kasih kerana dapat peluang hadir bengkel ini


Gabungan Tenaga Pengajar Yang Pro.

Ruang yang selesa
Peralatan yang cukup
Bengkel yang modenPelajar-pelajar yang gigih

membuahkan hasil yang sempurna

Tahniah kepada diri sendiri
Saya sudah yakin untuk menerima tempahan menjahit langsir



Tuesday, December 7, 2010

Happy Birthday

Semuga Panjang Umur
Kukuh Iman
Berkat Rezeki
Sihat Tubuh badan dan Akal Fikiran
Bahagia Dunia Akhirat
Amin


Dari:-
Mama, Yuyu, Meme, Mimah


Terima kasih kepada Yuyu, Meme dan Mimah kerana menjayakan majlis tadi.








Monday, November 15, 2010

Dalam Kenangan


Terkenang kucing-kucing ku



Koreng, kucing Jantan yang asalnya sangat garang
dan berjaya dijinakkan
lari entah kemana semasa kami balik kampong
Koko, awek@bini koreng, agaknya tentulah ikut Koreng


Anak-anak Comei, Itam, 3K, Lembek & Kuning, semua lari,
Comei tidak pandai jaga anak agaknya

Itam

3K

LembekKuning

Dulu, Comei pernah sakit, ulser mulut yang teruk


Lepas makan ubat,
diberi suntikan antivirus
dan antibiotik,
comei keguguran pula
kasihan !

Lihat sekarang , Comei sudah sihat
dan bertambah manja

Kenangan Comei dengan anaknya disini

Wednesday, October 27, 2010

Tahniah

Tahniah tapi jangan berhenti disini saja,
pembelajaran adalah sepanjang hayat
tak kira lah samada sepenuh masa,
atau part time,
atau jarak jauh,
atau Open Universiti,
peluang ada dimana-mana
atau fokus sepenuhnya kepada perkembangan kerjaya



Wednesday, September 29, 2010

Sibuk

Laman yang bersawang, sibuk benar sekarang.

Monday, September 13, 2010

Aidil Fitri 1431H


Seronoknya ibuku di Aidl Fitri Tahun ini, 1431H, semua balik kampong

(Ibuku dengan senua anak2, menantu2 (termasuk menantu cucu), cucu2 dan cicit2)


Anak-anaknya

menantu-menantunya, seorang lagi menantu cucunya tiada didalam gambar


cucu-cucunya

Cicit-cicit nya:-

3 orang cicitnya yang lain sudah ke rumah neneknya di Jengka

Wednesday, September 1, 2010

Tinggal Kenangan

Anak-anak kucing semua dah lari sendiri. Comei, sang ibu sedih sendirian. tentu bertambah sedih jika dia melhat video ini.




Friday, August 13, 2010

Indahnya Ciptaan Tuhan Ku

Hidup ini sebenarnya sangat indah
semalam ceria
semalam dulu pun gembira
minggu lepas pun suka
tak mengapalah kalau hari ini kita susah hati
hasrat hati nak tolong kawan
apakan daya tangan tak sampai
lagipun kaki ku terikat
tak punya kekuatan untuk merungkai
pasrah saja

tak mengapalah kalau hari ini kita geram
mungkin semalam kita membuat orang lain geram
atau macam buta
macam pekak
macam bisu
macam tuli
semua ciptaan tuhan

cuma
tuhan ku
berilah aku kekuatan
agar hari esok
lebih baik dari hari ini

Itulah ciptaan tuhan
syukurlah kerana kita diberi peluang
merasai segala macam ciptaannya
sesungguhnya ia amat indah
untuk difikirkan

kata pujangga
semalam 'history'
esok misteri
tapi hari ini 'present'
hadiah amat ternilai untuk mencorak hari esok
semuga diberikanNYa kekuatan
untuk melakar hari esok yang misteri

"sebenar nya ini entry merepek"
melukis kecelaruan fikiran
hahahaha


Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan


Kupinjam puisimu buat menghias blog ini,
terima kasih


Tuesday, July 27, 2010

apakah ini namanya?

kuingin berpuisi
mengatur kata-kata indah
meluah rasa
yang hampa
yang kecewa
yang mengharap
yang tertipu

entah
tak tertulis gambaran hati
tunggang langgang
geram
marah
sedih

tuhan ku
tolonglkan susunkan kembali
apa yang telah kusut
apa yang kabur
agar aku dapat
terima seadanya

dengan redho

Wednesday, July 14, 2010

Ku Pinjam Puisi Mu

Kekasih Ku Maha Pengampun

Janji Ilahi
walaupun sebanyak buih di lautan
walau pun tidak terhitung
tidak terkira banyaknya
akuilah kesilapan

Dia yang Maha Pengampun

mintalah keampunan
Dia pasti akan mengampunkan

akan di berinya
rasa ketenangan
kelapangan
didalam setiap
dada insan.

karya:
A. Ghafar Bahari

Saturday, July 3, 2010

Comei dan anak-anaknya

Kucing ku Comei dah beranak sulung, 4 ekor semuanya,
sema anak-anaknya comel-comel belaka walaupun ada seekor yang hitam pekat




Tuesday, June 29, 2010

Musim Durian Tahun Ini

Tahun ini durian berbuah lagi
lebat seperti tahun lalu
tapi cuma sebatang




durian hanya untuk tupai-tupai
selamat menjamu selera
kami tidak marah
makanlah



yang ini tupai-tupai beri kami

dapatlah kami merasa
Alhamdulillah



Anak Ku Ke UiTM

Anak ku kembali menjadi pelajar (siswi?)
Apapun selamat berjuang
tetapkan matlamat
atur strategi, usaha dengan gigih
tabah dengan cabaran
kental dngan semangat
berdoa, ingat yang maha pencipta

Semuga Berjaya



Lokasi: UiTM


Impian Baru

Pundung Ku dah siap "stage 1"
impian hampir menjadi nyata
cuma belum pindah sepenuhnya
kerana ada tali yang mengikat
ada simpul yang membelit
kudrat ku tiada untuk merungkainya
kira alhamdulillah

Kini seleraku beralih arah
impian baru
bagaimana?
terbakar dadaku
untuk mengatur strategi
bukannya meterialistik
tapi menyusun langkah
agar hidup lebih terarah

Apa dia?

Biarlah Rahsia


SELAMAT BERJAYA



Pertunjukan Tarian Kuda Kepang

Entri ini untuk berkongsi pertunjukan tarian kuda kepang yang mokde lihat tempohari. Cukuplah sekadar memperkenalkan kepada tetamu yang hadir dimajlis itu.

gambar

Thursday, June 17, 2010

Perjalanan Ini - Balik Kampong

Hari itu balik kampong
Menggunakan perkhidmatan keretapi
Perjalanan dari Kempas Baru (6.00pagi) ke Mentakab
Alhamdulillah, selamat didalam perjalanan








Selamat Sampai kedestinasi
dan tinggalkan Stesen Mentakab @11.50pagi



Teringat Pesan Ustadzah
Kita ini sebenarnya dalam perjalanan balik ke Kampong Asal
Destinasi yang pasti tiba
Cuma tak tahu bila
Sudah banyak kah bekal?
Atau kantong masih kosong
Ingatlah
Siapkan bekal

Ingat 5 perkara:

muda sebelum tua
sihat sebelum sakit
lapang sebelum sibuk
kaya sebelum miskin
hidup sebelum mati

"disamping mengingatkan diri sendiri"

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels