سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Wednesday, November 12, 2014

Rindu

Tiba-tiba terasa rindu untuk ke Mekah dan Madinah bersama keluarga lagi.
 Ya Allah jemputlah kami menjadi tetamu mu pada Ramadhan 1346 akan datang.
aamiin, aamiin aamiin 

Umrah 1997
Pada masa itu anak-anak masih kecil, ibu masih sihat dan semestinya saya masih muda :) 

Friday, November 7, 2014

Jaga Orang Dalam Pantang

Baru-baru ni saya menjaga anak didalam pantang. 
Bersalin secara pembedahan.
 Apa yang telah saya lakiukan saya tulis didalm blog ini supaya tidak lupa. 
Mungkin panduan ini boleh digunakan kemudian hari. 
Walau bagaimana pun semua ini berdasarkan pengalaman
dan sesuai untuk anak saya sahaja. 
Mungkin cara ini tidak sesuai untuk orang lain.


Rutin Harian
Bangun pagi minum sepeket Kels Glorius


(Glorious adalah makanan kesihatan yang mengandungi zat yang diperlukan oleh badan. Maklum saya memilih makan untuk diberikan kepada anak saya semasa didalam pantang)

Kemudian mandi dengan air rebusan daun pandan, serai wangi dan inai untuk menyegarkan badan.




lSelepas mandi tungku seluroh kaki, tangan dan belakang untuk memanaskan badan. kawasan pembedahan kami tak sentuh.

 bakar batu tungku hingga panas, anggaran 15 minit.

Letakkan batu tungku yang panas diatas tuala yang telah dialas dengan daun mengkudu. 
Tabur sadikit halba dan jintan hitam diatas daun tersebut

bungkus dengan tuala bersih. Siap untuk ditungkukan keseluruh tubuh

Kemudian lumur seluruh badan dengan minyak agar badan tidak dimasuki angin.
Mintak apa pun boleh tetapi saya menggunakan minyak ini. 


Kemudian sapu krim barut disekeliling pinggang dan perut sebelom pakai koset.
Pakai koset longgar saja  tidak gunakan bengkung kerana pembedahan,
kemudian pakai stokin dan baju sejuk sepanjang masa selama 44 hari


Selepas uruskan badan, biasanya terus makan.
Kemudian baharulah sarapan dan makan tengah hari sekali.- nasi dan lauk, banyakkan halia dan lada hitam, sayur yang tidak berunsur sejuk boleh dimakan, seperti sawi putih

Kemudian jangan lupa ambil ubat
Herba tuju angin HPA, spirulina dan vitalit (vit C) 


Masa antara boleh makan makanan ringan seperti biskut kosong,
 apple, minuman milo, susu, quaker-oat dan  kurma.

Jam 6 petang salin pakaian dan melumur minyak sekali lagi.
Kemudian makan petang sebelom malam.

Sebelum tidor saya beri dia sepeket bancuhan Nutri-Biotic (Kels) untuk membaiki sistem pelawasan agar tidak sembelit

Semua ubatan diatas boleh didapati dari saya, pengedar sah produk Kels, HPA dan Nona Rugay
Selamat menjaga kesihatan badan

Anggaran kos ubatan selama 44 hari
4 botol minyak berubat herba NR  - 4 x rm 27 = 108
1 tiub krim barut - 1 x RM50 = rm 50
1 botol Kapsul Tuju Angin - 1 x RM 34 = rm 34
1 botol Spirulina - 1 x rm38 = rm 38
1kotak glorius 1 x rm 125 = rm 125
2 kotak nutribiotik 2 x rm50 = 100
jumlah RM430
(tak termasuk upah - mama buat untuk anak dengan kasih sayang, percuma)
Kkalau berbayar saya akan kenakan harga RM30 sehari anggaran kerja 1-2 jam, kalau jauh kena tambah peruntukan minyak kereta. Sesiapa berminat saya boleh sediakan perkhidmatan ini.. Pagi sahaja.



Tuesday, November 4, 2014

Ziarah Mekah

Tawaf Sunat

Keistimewaan Masjidil Haram adalah kerana terdapat Baitullah didalamnya dan jemaah yang masuk kedalam masjid sangat dituntut untuk melakukan tawaf sunat, jika mampu. Jemaah sangat ramai didataran Kaabah semasa musim haji. keaddan sesak disana amat sukar untuk melakukan tawaf setiap kali masuk ke masjid. Walaubagaimana pun keadaan agak kurang sesak selepas solat subuh. Kadang-kadang kami tawaf sunat selepas isyak, Walaupun ramai tetapi cuaca agak sejuk. 

Ada ketikanya saya ingin tawaf bersendirian. Lepas Zohor saya minta izin suami untuk tidak balik ke hotel. saya makan beberapa biji buah kurma yang saya beli SR2.00 semasa dalam perjalanan ke Masjid. Kemudian saya tawaf ditingkat 2 dengan lenggang kangkung saya. Alhamdulillah, biasanya saya mengambil masa 10 minit untu menamatkan satu pusingan. Tujuh pusingan mengambil masa 70 minit, selesai berdoa saya makan kurma lagi, Biasa nya ditingkat atas tersebut terdapat ramai orang Arab yang membahagi-bahagikan kurma atau air untu jemaah yang sedang bertawaf. Saat diberi kurma ini adalah saat yang bahagia. Rezeki Allah beri.

Ada juga masanya saya bersendirian didalam Masjid, duduk  seorang diri disuatu sudut masjid sambil melihat Kaabah,  Muhasabah diri dan mengenang kekurangan diri yang belom dilakukan. Tanpa disedari air mata berlinangan. Rasa dekat dengan Allah.

Umrah Sunat

Sementara menunggu tarikh  wukuf, kami jemaah haji yang telah sampai di Mekah berkesempatan melakukan beberapa umrah sunat. Dari Mekah kami keluar ke Jaaranah atau Tanain, iaitu tanah halal untuk berniat ikhram. Setelah berniat kami terikat dengan 13 pantang larang didalam ikhram. Di Jaaranah atau Tanaim, kami solat sunat ihram. Kemudian kembali ke Mekah untuk Tawaf dan saei didalam masjidil haram, biasanya kami bertahlul dengan menggunting beberapa helai rambut. Maka sempurnalah satu umrah.

rutin di Mekah

Seperti di Madinah adalah ulang alik ke Masjidil haram untuk solat 5 waktu, tawaf sunat, dan bila ada waktu yang sesuai, kami lakukan umrah sunat

Kawan baru

Di Mekah saya terpisah dari kawan-kawan saya. Saya ditempatkan bersama 9 orang kakak-kakak dari Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi, Saya paling muda didalam bilik itu. Saya masih ingat mereka adalah kak Timah, Kak Esah, Kak Jariah, kak Bek, Kak Misah, Kak Endon, kak Tarian dan  2 lagi saya tak ingat nama, tapi masih terbayang rupa paras mereka.

Itu saya bersama 8 dari mereka, Kak Jariah entah kemana semasa kami bergambar.

Tinggal bersama mereka telah banyak mengajar saya erti timbang rasa, maklum selama ini saya buat sesuka hati saya saja, anak anak kena ikut perintah saya, sesekali suami menegur bila apa yang saya buat tu tak betul

Ke Mekah

Cukup lapan hari di Madinah, kami bertolak ke Mekah dengan pakaian Ihram, Kami singgah di Bir Ali untuk berniat ihram dan solat sunat ihram. Kemudian bas bertolak ke Mekah dengan perjalanan malam, tarbiah mulanya kuat tetapi semakin pelahan kerana ramai jemaah dah mula lena. Saya dah tak ingat, rasanya macam kami solat subuh di hotel diMekah.

Selepas sarapan kami dibawa oleh pihak TH untuk melakukan tawaf dan saei umrah. Walaupun ini bukan kali pertama saya berada dihadapan Kaabah, air mata tetap berderai bila berada disana. Kenapa ya? entah , sukar digambarkan dengan tulisan

(saya pernah mengerjakan umrah pada tahun 1996 bersama keluarga)

Ziarah Madinah

Selain dari trip yang dibawa oleh pehak muasasah, kami tidak berjalan kemana-mana. Seperti tiada keperluan, kami asyik berulang alik ke Masjid Nabawi sahaja. Ingin bersolat jemaah selama berada 8 hari diMadinah.

Bangun pagi-pagi terus ke Masjid Nabawi jam 3 pagi. solat tahajud, taubat, hajat, tasbeh, witir, dan zikir,kemudian kedengaran azan subuh. Lepas solat subuh kami tunggu waktu Dhuha , kemudian kami balik kehotel. Basuh kain dan telekung yang pakai semalam, kemudian tidur sekejap sebelum kemasjid semula pada jam 11.30 pagi  untuk solat Zuhur.  Keluar awal sbb nak solat didalm masjid, kalau lambat masjid penuh, kena solat dikaki lima. selepas solat zohor balik ke hotel dan makan tengahari. rehat sebentar kemudian kemasjid semula untuk solat asar, Alhamdulillah sadikit pun tidak tersa penat. Solat maghrib dan Isyak juga dimasjid. Kami makan selepas Isyak. 

Pakaian

Suami saya menghantar pakaian kotor ke kedai dobi saja. Kami org perempuan pula membasuh pakaian kami didalam bilik. toskan airnya kedalam bath tub, kemudian sidai ditepi tingkap. sekejap saja kain akan kering. (tidak pula kami merasa rimas dengan kein-kain yang berselayut bagitu, agak nya kami hanya balik ke hotel untuk tidur sahaja)

Dari pengalaman saya, kalau ke Mekah dan Madinah untuk haji dan umrah, cukuplah dengan 3 persalinan, stu dibadan, satu basuh dan satu lagi yang bersih. Bangun pagi pakai baju bersih, baju tu la akan dipakai hingga malam, saya tidur malam pun dengan baji tu juga. Esok basuh, bagitulah gilir-gilirkan 3 pasang pakaian. Apa yang saya maksudkan dengan pakaian adalah sehelai jubah, seluar panjang dan telekong untuk kemasjid, stokin untuk jalan dan stokin salin untuk solat. Saya bawa 2 helai baju kelawar untuk pakai semasa didalam bilik, jarang digunakan kerana kebanyakan masa tidak didalam dibilik, 2 helai kain batik dan sehelai tuala mandi.  Baju kurung saya hanya diguna semasa penerbangan pergi. Berjalan-jalan disana lebih selesa memakai seluar panjang ,jubah dan telekung solat. Sesuai dengan suasana disana. Semasa balik ke Malaysia saya mengenakan jubah Arab 

Makanan di Madinah

Mungkin saya muda lagi pada masa itu. Saya tidak memilih sangat makanan. Atau mungkin juga asbab doa yang Ustazah saya ajar sebelom bermusafir mengerjakan haji. "Ya Allah ya tuhan ku, jadikan selera ku sepertimana selera orang Arab semasa bermusafir haji nanti. Alhamdulillah semua makanan yang terhidang saya rasa sedap. Saya boleh makan dan alhamdulillah saya sihat.

Pada tahun tersebut pehat tabung haji hanya menyediakan makan tengah hari dan makan malam saja. makanan yang telah di bungkus terus di hantar ke bilik. Kami juga dibekalkan dengan sekotak teh uncang, gula , susu tepung, sebiji cawan dan seberkas sudu pelastik. Biasanya kami singgah direstoren untuk bersarapan, atau bungkus saja dan makan dibilik. Alhamdulillah apa saja yang ada dijual disana , saya boleh makan dan tiada alahan atau perut meragam,

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels