سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Friday, June 30, 2017

bersawang

laa lamanya tak update blog, dah setahun rupanya

Friday, July 1, 2016

Ramadhan 1437

Tahun ni cepat benar penat
ttpi saja tak reti duduk diam2
mesti nak berkotek
kalau tidak, pening kepala

Saturday, May 21, 2016

Rindu ku

Aku kini sangat rindu untuk minum air zam-zam banyak2  macam
 di Masjidil Haram


Bila ya dapat kesana lagi?
dulu apa yg aku mahu mudah jer dimakbulkan Allah
Muhasabah diri

lamanya tak balik

lamanya tak update blog ni. makjlum aku sedang bercinta dengan Isralife,
Marilah bersama saya dengan Isralife, menegakkan makanan sunnah

Tuesday, November 24, 2015

Cinta Baru Ku

Sekarang saya memasarkan produk Isralife
produk makanan sunnah 

layari web Israllife
hubungi Hjh Norziah 012-7024580

Wednesday, July 1, 2015

Khatam Tadarus

Alhamdulillah, selesai sudah tadarus 30 juzuk AlQuran. Tadarus kami disemak oleh guru. Hari ini kami adakan majlis Khatam AQ yg meriah











Friday, June 19, 2015

Tadarus di Rumah Kak Hasnah

Perkara: Majlis Tadarus dan Khatam AlQuran
Tempat:Di Rumah kak Hasnah, Larkin Jaya
Tarikh: 18 Jun 2015 2 8.45am (1 Ramadhan)
 pada 1st Ramadhan tahun ini

Kelas AQ 

Sebahagian Ahli-ahli dari Yassin N Tahlil Nur Jannah, JB

Bertemu guru ku dan sahabat karibnya


bersama Ustazah pembimbing majlis

Khatam AlQuran Anjuran Kumpulan Wirid Khaujakan, JB

10 Jun 2015 @9.00 am
Masjid Jalan Tiong, Larkin Jaya






Majlis Khatam AlQuraan & Wirid Khaujakan
 diadakan setiap empat bulan
 bagi memperkenalkan nya kepada generasi muda.
 Jangan bimbang wirid ini diperakui oleh Majlis Agama Islam Johor

Ayam Kampung

Alhamdulillah, dapat makan ayam kampung 





 Pulut dan Rendang Ayam Kampung

Monday, December 1, 2014

Berjinak-jinak dengan Kels



21 Nov 2014 @6.30pgi, tiba di Pasir Tumbuh, Pasir Putih, Kelantan
dengan bas express malam dari Johor Bahru



Untuk Kursus Asas Usahawan Kels
di Akedemi Usahawan Kels, 
Pasir Tumbuh



Peserta lain belum sampai


macam biasalah,berimpian
suatu masa nanti saya yang akan bercakap dihadapan

fail kursus



'posing' jangan tak 'posing'

22 Nov 2014, Lawatan Kilang

Tn Haji Yusmat dan Pn. Hjh Hasnah
Ahli Farmasi yang memformulakan produk-produk kels


Tak lupa posing lagi

Kilang yang ini tak sempat masuk

Posing di HQ Kels

Akhir Kursus

Balik Johor bahru dengan keretapi dari Stesen Wakaf Baru, 
Nanti kami datang lagi bawa 'downline'



Wednesday, November 12, 2014

Rindu

Tiba-tiba terasa rindu untuk ke Mekah dan Madinah bersama keluarga lagi.
 Ya Allah jemputlah kami menjadi tetamu mu pada Ramadhan 1346 akan datang.
aamiin, aamiin aamiin 

Umrah 1997
Pada masa itu anak-anak masih kecil, ibu masih sihat dan semestinya saya masih muda :) 

Friday, November 7, 2014

Jaga Orang Dalam Pantang

Baru-baru ni saya menjaga anak didalam pantang. 
Bersalin secara pembedahan.
 Apa yang telah saya lakiukan saya tulis didalm blog ini supaya tidak lupa. 
Mungkin panduan ini boleh digunakan kemudian hari. 
Walau bagaimana pun semua ini berdasarkan pengalaman
dan sesuai untuk anak saya sahaja. 
Mungkin cara ini tidak sesuai untuk orang lain.


Rutin Harian
Bangun pagi minum sepeket Kels Glorius


(Glorious adalah makanan kesihatan yang mengandungi zat yang diperlukan oleh badan. Maklum saya memilih makan untuk diberikan kepada anak saya semasa didalam pantang)

Kemudian mandi dengan air rebusan daun pandan, serai wangi dan inai untuk menyegarkan badan.




lSelepas mandi tungku seluroh kaki, tangan dan belakang untuk memanaskan badan. kawasan pembedahan kami tak sentuh.

 bakar batu tungku hingga panas, anggaran 15 minit.

Letakkan batu tungku yang panas diatas tuala yang telah dialas dengan daun mengkudu. 
Tabur sadikit halba dan jintan hitam diatas daun tersebut

bungkus dengan tuala bersih. Siap untuk ditungkukan keseluruh tubuh

Kemudian lumur seluruh badan dengan minyak agar badan tidak dimasuki angin.
Mintak apa pun boleh tetapi saya menggunakan minyak ini. 


Kemudian sapu krim barut disekeliling pinggang dan perut sebelom pakai koset.
Pakai koset longgar saja  tidak gunakan bengkung kerana pembedahan,
kemudian pakai stokin dan baju sejuk sepanjang masa selama 44 hari


Selepas uruskan badan, biasanya terus makan.
Kemudian baharulah sarapan dan makan tengah hari sekali.- nasi dan lauk, banyakkan halia dan lada hitam, sayur yang tidak berunsur sejuk boleh dimakan, seperti sawi putih

Kemudian jangan lupa ambil ubat
Herba tuju angin HPA, spirulina dan vitalit (vit C) 


Masa antara boleh makan makanan ringan seperti biskut kosong,
 apple, minuman milo, susu, quaker-oat dan  kurma.

Jam 6 petang salin pakaian dan melumur minyak sekali lagi.
Kemudian makan petang sebelom malam.

Sebelum tidor saya beri dia sepeket bancuhan Nutri-Biotic (Kels) untuk membaiki sistem pelawasan agar tidak sembelit

Semua ubatan diatas boleh didapati dari saya, pengedar sah produk Kels, HPA dan Nona Rugay
Selamat menjaga kesihatan badan

Anggaran kos ubatan selama 44 hari
4 botol minyak berubat herba NR  - 4 x rm 27 = 108
1 tiub krim barut - 1 x RM50 = rm 50
1 botol Kapsul Tuju Angin - 1 x RM 34 = rm 34
1 botol Spirulina - 1 x rm38 = rm 38
1kotak glorius 1 x rm 125 = rm 125
2 kotak nutribiotik 2 x rm50 = 100
jumlah RM430
(tak termasuk upah - mama buat untuk anak dengan kasih sayang, percuma)
Kkalau berbayar saya akan kenakan harga RM30 sehari anggaran kerja 1-2 jam, kalau jauh kena tambah peruntukan minyak kereta. Sesiapa berminat saya boleh sediakan perkhidmatan ini.. Pagi sahaja.



Tuesday, November 4, 2014

Ziarah Mekah

Tawaf Sunat

Keistimewaan Masjidil Haram adalah kerana terdapat Baitullah didalamnya dan jemaah yang masuk kedalam masjid sangat dituntut untuk melakukan tawaf sunat, jika mampu. Jemaah sangat ramai didataran Kaabah semasa musim haji. keaddan sesak disana amat sukar untuk melakukan tawaf setiap kali masuk ke masjid. Walaubagaimana pun keadaan agak kurang sesak selepas solat subuh. Kadang-kadang kami tawaf sunat selepas isyak, Walaupun ramai tetapi cuaca agak sejuk. 

Ada ketikanya saya ingin tawaf bersendirian. Lepas Zohor saya minta izin suami untuk tidak balik ke hotel. saya makan beberapa biji buah kurma yang saya beli SR2.00 semasa dalam perjalanan ke Masjid. Kemudian saya tawaf ditingkat 2 dengan lenggang kangkung saya. Alhamdulillah, biasanya saya mengambil masa 10 minit untu menamatkan satu pusingan. Tujuh pusingan mengambil masa 70 minit, selesai berdoa saya makan kurma lagi, Biasa nya ditingkat atas tersebut terdapat ramai orang Arab yang membahagi-bahagikan kurma atau air untu jemaah yang sedang bertawaf. Saat diberi kurma ini adalah saat yang bahagia. Rezeki Allah beri.

Ada juga masanya saya bersendirian didalam Masjid, duduk  seorang diri disuatu sudut masjid sambil melihat Kaabah,  Muhasabah diri dan mengenang kekurangan diri yang belom dilakukan. Tanpa disedari air mata berlinangan. Rasa dekat dengan Allah.

Umrah Sunat

Sementara menunggu tarikh  wukuf, kami jemaah haji yang telah sampai di Mekah berkesempatan melakukan beberapa umrah sunat. Dari Mekah kami keluar ke Jaaranah atau Tanain, iaitu tanah halal untuk berniat ikhram. Setelah berniat kami terikat dengan 13 pantang larang didalam ikhram. Di Jaaranah atau Tanaim, kami solat sunat ihram. Kemudian kembali ke Mekah untuk Tawaf dan saei didalam masjidil haram, biasanya kami bertahlul dengan menggunting beberapa helai rambut. Maka sempurnalah satu umrah.

rutin di Mekah

Seperti di Madinah adalah ulang alik ke Masjidil haram untuk solat 5 waktu, tawaf sunat, dan bila ada waktu yang sesuai, kami lakukan umrah sunat

Kawan baru

Di Mekah saya terpisah dari kawan-kawan saya. Saya ditempatkan bersama 9 orang kakak-kakak dari Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi, Saya paling muda didalam bilik itu. Saya masih ingat mereka adalah kak Timah, Kak Esah, Kak Jariah, kak Bek, Kak Misah, Kak Endon, kak Tarian dan  2 lagi saya tak ingat nama, tapi masih terbayang rupa paras mereka.

Itu saya bersama 8 dari mereka, Kak Jariah entah kemana semasa kami bergambar.

Tinggal bersama mereka telah banyak mengajar saya erti timbang rasa, maklum selama ini saya buat sesuka hati saya saja, anak anak kena ikut perintah saya, sesekali suami menegur bila apa yang saya buat tu tak betul

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels