سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Wednesday, October 14, 2009

Sembur Asap lagi

Sembur Asap lagi, serentak semua rumah setaman, selalu buat ikut jalan/blok

Insaflah, memang angkara nyamuk tetapi semuanya berpunca dari perbuatan siapa? kita manusia yang tak ikut peraturan alam.

kalau cakap marah
tak cakap, geram
tulis saja lah apa yang terbuku dihati ni
.............................

20/10/2009 @7.15mlm

Kan Mokde dah kata, minggu ni mesti sembur asap lagi,

mereka datang

rumah kami hujung sekali, ada longkang besar tu,
kena sembur banyak-banyak,
apa pun kami dahbersedia

operasi bermula

asap, asap, asap
penuh asap
dan ...........
selamat mengelap semua permukaan dan mop semua lantai
Kemudian Mai Secawan Kopi Radix


update 25/10/09

Ada gotong royong bersihkan kawasan taman bersama petugas jabatan kesihatan
Taman ni di istiharkan sebagai kawasan wabak ...
masa untuk muhasabah diri

Sunday, October 11, 2009

Musafir di Aidil Fitri

Semalam hadir Majlis Hari Raya yang diadakan oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Daerah JB bertempat di rumah Puan Pengerusi LKPI (Daerah JB), YM Pn. Hjh Sharifah Bahiah Syed Ali.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat sempena hari LKPIM oleh AJK dan ahli-ahli yang hadir. Turut sama adalah Pengerusi LKPI Malaysia Perhubungan Negeri Johor , YAM Tuanku Hjh Shariah Ibni AlMarhum Tuanku Abd. Rahman Al-Haj. Kemudian di ikuti dengan ketibaan jemputan khas iaitu narga-warga emas dari Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Negeri Johor dan Pesakit-pesakit dari Hospital Permai, Tampoi.

Apa yang menarik perhatian Mokde adalah intisari ucapan Pn. Pengerusi (Daerah JB). Katanya terdapat ramai wanita-wanita Melayu Islam pada masa ini tidak menghidap apa-apa penyakit tetapi menjalani kehidupan dalam keadaan yang 'stress'. Contoh nya adalah penghuni-penghuni yang menjadi tetamu LKPIM kali ini. Paling sedih ada pesakit-pesakit yang telah sihat tetapi tidak tahu hendak balik kemana kerana tiada saudara mara lagi dan/atau saudara mara sudah tidak mahu menerima mereka lagi. Salah satu dari hasrat LKPIM (JB) adalah untuk menjadikan mereka ini anak angkat, agar dapat memberi perhatian yang lebih kepada mereka.

Sambil makan-makan, majlis diserikan dengan beberapa persembahan dan cabutan nombor bertuah. Antara yang menyentuh hati adalah dendangan "Musafir Di Aidil Fitri " oleh salah seorang dari tetamu khas. Setiap tetamu khas dihadiahkan cenderahati sebagai kenangan-kenangan.






Merenung nasib mereka, mokde muhasabah diri, syukur lah apa yang ada. Badan sihat, mental sihat, hidup dikelilingi keluarga dan sanak saudara. Terus hulurkan bantuan, sesungguhnya setiap kita ada kebolehan untuk membantu kearah kebajikan, tak kira lah apa bantuan yang kita mampu. (kata Ustadzah berbuat kebajikan itu saham kita masa kita dah baring kat tanah nanti)

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels