سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Saturday, March 14, 2009

Kek Pisang

Hadir Majlis Maulid Nabi ( dan tahlil dan doa selamat)

Kumpulan Yasin kami, Kumpulan Nur Jannah, di jemput ke majlis Yasin.. Alhamdulillah kami dapat sempurnakan majllis itu. (Kami juga selalu dapat jemputan dan selalu dapat pujian, maksudnya bacaan kami tertib, lagipun ahli-ahli kami tak ramai, jadi senang untuk diuruskan)

Hari ini Mokde bukan bercakap mengenai majlis itu atau Kumpulan Nur Jannah tetapi pasal kek pisang yang di sajikan di majlis tersebut.

Kek Pisang adalah makanan biasa saja tetapi dimajlis tadi kek pisang telah di "luar biasa" kan oleh pembuatnya. Sayang Mokde tidak bawa kemera, handset mokde tiada fasiliti kamera)

Kek pisangtadi di kukus dalam bentuk yang berbagai-bagai (acuan-acuan kecil) dan pelbagai perisa, dan di gubah menjadi sepohon pokok di dalam pinggan besar, cantik nya...... alahai, sayang nak makan

Mokde makan daun, berperisa pandan, batang rasa kek kek pisang biasa, bunga seperti rasa jagung........
Mokde nak rasa buah tetapi terasa segan pula, dah makan banyak sangat.

Kawan-kawan beritahu rasa jem nenas.


.... yang menghargai seni dan kecantikan ialah ...
Mokde

No comments:

Post a Comment

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels