سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Sunday, May 17, 2009

Majlis Sambutan Hari Guru 2009


Yang Di raikan : Ustadzah Hjh Zuhorah Bt. Hj Ahmad
Penganjur: Kelas Fardhu Ain Tmn Kota Masai (Jalan Bacang)
Tempat: Dewan Muslimah, Masjid Taman Air Biru, Pasir Gudang @10.00pgi




Dua Insan Berjasa
Ustadzah Hjh Zuhrah yang telah mendidik kami selama ini
dan Hjh Tumirah adalah antara pendokong terawal
dalam perjuangan kami
(memantapkan hubungan manusia dengan Allah
dan hubungan manusia sesama manusia)


Terima Kasih tak terhingga
redhakan ilmu yang dicurahkan
semuga Allah memberkati mu selamanya

Saidina Umar pernah berkata:
" aku sanggup jadi hamba
kepada orang yang mengajar aku
walau pun satu huruf"

Pesan Guru hari ini:
Wahai Anak,
jIka ingin menjadi orang yang berjaya didunia dan akhirat,
ABDIKAN diri mu
kepada
ALLAH DAN KEDUA IBUBAPA MU

2 comments:

  1. Salam,
    Mokde, koi bukan nak komen pasal hari guru.
    Tapi bila nengok gambor "Rumah Pesaka Wan".
    Hati koi rase sayu je... tetibe teringat mase kenik-kenik dulu. Koi walaupun lahir tahun 70an.. tapi dan lagi merase susoh hidup sekeluarga. Kome kire lambat sikit dapat pembangunan. Koi pun ade lagi simpan gambar rumoh lama. 80% tu macam dalam gambor. Tahun 2000 baru berubah rumoh tu 100%.
    Walaupun duduk kolumpor, koi sokmo pesan ke anok koi, kene ingat aboh dulu orang susoh, wokme jangan tak sedor tu.
    Kalau balik kg, kerap ngat koi cerita kisoh koi masa kenik2 dulu ke mereka. Suroh, gi sembang dengan aki dan wan tu... mana yang besor cara besolah ... mana yang kecil koi boir je deme tu berkubang kat tanoh.. bior deme merase membesar kat kampung.. gitulah aboh dia dulu.
    Tapi, payoh juge nak boir, maklumlah dapat isteri orang bandor, isteri pun nak biasekan kehidupan kampung , jenoh juge dulu.. dah 5 tahun baru nak serasi..
    Koi bukan bende, tak kenan ngat tengok budok sari ni, manja ngat, baik di bandor, kg pun same.. koi negok anok-anok buoh. serupe je, gamoknye aboh & mok dia tak nok anok susoh kut.. macam deme dulu. tapi bagi koi kene bagi rase anok kite susoh, boir dia pandai berdikari dan tahu asal usul kita.
    pendapat peribadi koilah, Nak melahirkan anok bakal jadi pemimpin kena bagi dia rase susoh. kita dah ade contoh. Rasulullah. Kan.. betul tak? Perjalanan hidup Rasuluah dah sempurna. Tinggal lagi nak tiru je, tapi kita kena ada pimpinan. nanti tak betul care pulok.
    Panjang pulok cerita yek.. ase tengok gambar rumoh dah melalok ke macam-macam hal pulok.
    Ampun maaf.
    Caklam

    ReplyDelete
  2. saja letak gambo tu kat situ, bior diri ini dan anak-anak ingat sokmo asal usul.
    Mokde ni nak sangat balik temerloh, sian mok kat pangsanam, macam dia tak nak balik kalau mokde tak balik kpg, tengah kerja keras ni agar perancangan berjalan lancar.

    mokde dapat suami orang takde kampung, dibesarkan ditengah bandarraya JB, suka ngat dia ngan aktiviti kampung......terutama berpagi-pagi pungut derian gugur... alhamdulillah

    ReplyDelete

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels