سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Tuesday, July 28, 2009

Koreng dan Jati Diri

Terasa seperti kehilangan sesuatu. Rupanya dah lama tak nampak Koreng, kucing yang dulu perangainya ku anggap macam iblis koreng. Dia bukan jahat tapi itu lah dia yang sebenarnya. Kucing yang pandai tangkap tikus dan burung. Pokde cakap koreng dah jumpa awek Parsi yang cun. Sekarang ada di rumah banglo di hujung line sana. Selalu kelihatan bermain bola dengan aweknya. Mungkin frieskies dah jadi santapan hariannya, tidak lagi nasi dengan kepala ikan. Tentu montel dan tak tangkas lagi nak tangkap burung. Mungkin dah pakai loceng, tikus pun lari menciput. Hai koreng, kerana awek yang cun, hilang jati dirimu.


Align CenterSama-sama muhasabah diri,
dikalangan kita manusia pun ada yang hilang jati diri kerana wanita, harta, dan makanan yang subhah. Ingat, strategi musuh Islam untuk menjahanamkan kita dengan 4F, Fashion, female, food dan Fun/fair.



Sunday, July 26, 2009

lot2216 dan Durian



Berpagi-pagi kami ke Lot2216 untuk kutip durian gugur.
Dah nak habis tapi masih ada.





Moosa cebet 6 biji durian dengan kedua tangannya. Kami dapat beberapa biji, ada juga yang kobong makan dek mende

Anda tau kegunaan benda yang tersandar di batang pokok durian ni?
Di bawah atap zink tu diletakkan radio transistor yang akan dipasang waktu siang. Riuh coleteh DJ dan apa jua siaran dari radio tu akan bertindak menghalau tupai dan monyet yang akan datang untuk makan buah-buah tersebut. Alat ini namanya legang. Dulu legang pakai tali dan tin kosong yang diisi batu, di tarik talinya dan akan menghasilkan bunyi. Sekarang kami upgrade sikit. nanti kalau pundung dah siap, boleh tarik kuasa letrik dari situ dan legang radio boleh beroperasi 24jam. Sekarang pakai beteri saja.



Sebelum balik, sempat juga jeling arah ke pundung ku. Projek slow macam siput menginsut. (Ingatlah ada yang tersirat disebaliknya, apa-apa hal alhamdulillah, masih kenal sifat Allah yang harus)



Mokde


majlis Kahwin - Sambungan lagi


Pagi-pagi kami bangun. Yang tinggaal cuma mokde dan beberapa orang saudara terdekat yang memang nak bantu mengemas. Tak mengapa tak ramai, syukur majlis semalam berjalan lancar.

Proses mengemas semua orang tau. Objektifnya adalah untuk mengembalikan rumah ke keadaan asal. Tak perlu disuruh, orang lelaki yang tinggal akan buka bangsal tempat memasak. Kami kutip pinggan mangkuk cawan gelas yang masih tertinggal di khemah tetamu. Basuh, jemur dan asingkan mengikut jenis dan tuan punya. Petang adalah proses mengembalikan semua pinggan mangkok dan peralatan yang dipinjam. Budak-budak tugasnya mengutip sampah yang berselerak. Yang besar sikit tolong hantar ke lubang sampah besar yang sengaja digali. Nanti sampah tu akan di bakar semuanya sebelum di timbus. Kawasan akan kembali bersih seperti sediakala.

Mokde bukan nak cerita pasal mengemas tapi apa hidangan tengahari kami. Kami masak sambal kulat sisir. kulat sisir dibersihkan, tumbuk sikit untuk supaya lebih lembut, masukkan kacang panjang, ikan bilis, lada kecik, (cili padi) serai titik, kunyit dan garam secukup rasa, masak dengan santan hingga pekat. Sambal ini pembuka selera bila kepenatan, tambah pula makan dengan nasi panas-panas dan makan ramai-ramai.



Kerja dah selesai. Esok ada aktiviti lain. Maklum baik kpg sekali-sekala, banyak perkara yang hendak dibuat.

jumpa lagi

Thursday, July 23, 2009

Majlis Kahwin - sambungan

Kebiasaan nya, pada hari majlis kerja kahwin, pagi-pagi lagi beberapa wanita yang kretif akan memasak untuk hidangan pengantin. berlainan kali ini kami hanya tempah saja. Maklum sekarang telah banyak orang berniaga didalam bidang ini. Kita pun ambil saja jalan yang mudah. Petugas dari penyaji tersebut yang uruskan semua kelengkapan dan hidangan pengantin.

Agenda pertama hari majlis adalah bacaan doa selamat untuk kedua pengantin dan seisi keluarga. Semuga berbahagia hingga keakhir hayat dan dilimpahi rahmat Alllah selamanya. Amin

Tetamu mulai datang jam 11 pagi. Jamuan disiapkan secara buffet.

Sebelum cara hidang buffet diperkenalkan dikampung ini, setiap orang makan berhidang. Satu hidang 4 - 5 orang. Disini lah masa nya memerlukan ramai petugas yang terdiri dari sanak-saudara, jiran dan sahabat -handai. Orang perempuan menghidang, lelaki mengangkat hidangan, dan budak-budak muda mengangkat pinggan mangkok kotor dan membersih meja. Sekumpulan orang, biasanya perempuan akan membasuh pinggan. Setiap tetamu yang datang perlu dipastikan tidak menunggu lama untuk dapat hidangan. Kelihatan sibuk tetapi meriah.

Sekarang suasana itu tiada lagi. Petugas hanya perlu pastikan makanan ada didalam dulang buffet, pastikan meja bersih dan tidak ramai orang diperlukan untuk membersihkan meja dan membasuh pinggan. Penyambut tetamu cuma silakan tetamu ke tempat makan, tetamu ambil sendiri makanan yang ia suka dan makan, lepas makan jumpa tuan rumah, salam (salam berisi??) dan balik. Mudah, ringkas dan cepat.
Cuma mokde rasa macam makan kat warung jer.... hehehe.. (ambil makanan, duduk makan, kemudian jumpa cashier dan bayar ...... )


Pengantin sampai waktu tenghari,
jauh juga pengantin di arak, syukur panas matahari tidak bagitu terik. Kami tak guna kompang tetapi pakai gendang Pahang. Setelah pengantin diatas pelamin, silat pengantin dipersembahkan dengan iringan gendang dan gong.

Pengantin bersanding diatas pelamin, bagai pinang dibelah dua. Acara menepung tawar tu biasa lah macam yang mokde tengok ditempat lain. Ahli keluarga diberi kesempatan menepung tawar. Lepas tu pengantin makan-makan bersama dimeja pengantin dan potong kek. Kemudian kedua pengantin jumpa tetamu di kemah. Kemudian sessi bergambar dengan penganti.

Gambar ini antara yang mokde suka walaupun tiada gambar pengantin



















Di kampung kami, majlis cepat selesai. Kami sibuk membungkus lauk pauk yang masih ada untuk dibekalkan kepada sanak saudara yangtelah penat bekerja.

Agenda belum selesai, lepas solat Isyak, tayangan video diadakan, video ini mengenai perjalanan majlis yang sempat dirakamkan. Selepas tu keda pengantin sekali lagi naik keatas pelaman untuk membuka hadiah-hadiah yang diterima dari tetamu. Terima kasih. Tidak ada hadiah botol susu dan puting untuk pengantin kali ini.

Abang Didi dah dapat isteri, Pak Ngah dah dapat menantu perempuan dan kami kepenatan. Esok masih ada kerja yang menanti. MENGEMAS. Esok lah ye... kami nak berehat dulu.

Balik Kampung & Kerja Kahwin

Salam,
Mokde baru balik dari kampong, bertemu hari mokde di sana. Mokde balik berdua saja dengan anak sulung. Mokde guna perkhidmatan keretapi bukan kerana dapat diskaun pesara kerajaan tetapi kerana kemudahan untuk mokde, tak payah memandu. Guna keretapi senang, naik seblm malam di stesen Johor Bahru dan tiba tengah malam di setesen Mentakab, masa diantaranya boleh tidor, siang hari boleh dimanafaatkan sepenuhnya.

Mokde balik kampung untuk hadir majlis kenduri kawin Abang Didi, anak saudara mokde. Disini mokde bukan hendak bercerita meriahnya majlis itu tetapi hendak merakamkan sedikit aktiviti dan cara bagaimana kami orang kampong melaksanakan dan menyempurnakan majllis kami.

Mokde sampai orang dah selesai mesyuarat. Mesyuarat itu dihadiri oleh jiran dan saudara mara yang dekat. Mesyuarat yang biasa diadakan beberapa hari sebelum majlis telah membincangkan dan menetapkan perjalanan majlis yang akan diadakan nanti. Siapa yang bertugas apa, dan bila nak di buat, peralatan cukup ke, nak pinjam kawah kancah siapa, siapa tukang masak, ketua sajian, dan lain-lain termasuk apa jua yang nampak remeh tetapi tetap dibuat perancangan awal.

Mokde balik sehari sebelum hari majlis. Kemah telah dipasang (sekarang sewa saja, tapi kalau dulu kami buat 'balai' iaitu tempat orang buat kerja dan pada hari majlis akan digunakan sebagai tempat makan).

Hari sebelum majlis adalah hari kerja yang paling sibuk. Kami kumpulan wanita akan menyediakan rempah ratus yang diperlukan. Semua bawang, halia serai, cili, dan lain-lain akan kisar berasingan dan di susun di atas meja tukang masak.

Kumpulan lain pula akan mengukus pulut untuk sajian kepada yang bekerja dan beberapa orang akan memasak untuk makan tengah hari untuk sekelian yang hadir.

Tukang masak akan pastikan semua kelengkapan memasaknya tersedia, kawah, periok besar, sudip dan senduk besar sudah siap di bersihkan. Kayu api mencukupi untuk memasak berkawah-kawah lauk pauk. Kami memasak tidak menggunakan gas sbb kayu api banyak dikampung.

Orang lelaki akan mengupas kelapa sebanyak yang diperlukan oleh tukang masak. Sebahagian mereka akan sediakan tempat masak, tempat basuh pinggan dan tempat untuk memotong daging nanti.

Menebang pokok kelapa juga tugas lelaki. Ia nya ditebang untuk diambil umbutnya. Umbut kelapa kami gunakan untuk membuat sayur lemak yang manis untuk hidangan pada hari besar. Umbut ini akan dimasak lemak bersama nyor goreng, rempah dan bawang besar, serai, kunyit dan garam gula secukup rasa. Ia adalah masakan yang semestinya ada pada majlis kenduri kahwin dikampung kami. (Untuk mengambil umbut kelapa, tidak semestinya menggunakan pokok kelapa yang tua, anak pokok kelapa juga boleh digunakan. Ada sesetengah orang kampung kami sengaja menanam banyak pokok kelapa, khusus untuk diambil umbutnya. Umbut kelapa sawit juga boleh digunakan, tetapi tidak lah bagitu manis rasanya)

Selesai makan tengah hari, kerja-kerja menyembelih kerbau akan dilakukan. Selesai di sembelih dan di lapah, daging akan di bawa ke rumah kenduri. Para lelaki biasanya sangat pantas dalam memotong daging mengikut menu kami. Biasanya menu kami adalah gulai (kari), rendang dan sambal perut. Untuk kenduri tempoh hari kami dapat lapan kawah semuanya.

Biasanya selepas solat Isyak, jiran dan saudara mara akan datang semula kerumah pengantin untuk membantu tukang masak memasak lauk pauk. Orang perempuan akan duduk di atas tikar dan memotong umbut nipis-nipis dan dicelur sebelum di masak esok pagi. Selesai orang lelaki memarut kelapa, sekumpulan orang perempuan akan meramas nyor (memerah santan) untuk masakan lauk pauk daging kerbau tadi. Sementara itu budak-budak muda akan membuat sop tulang kerbau. Sambil memasak, semua yang hadir pada malam itu akan menikmati sup tulang yang panas dan manisnya sup dari tulang kerbau yang segar. Pulut kukus dan kueh muih juga dihidangkan kepada mereka yang berkerja. (Kueh muih di tempah saja, atau saudara mara yang hadiahkan, tapi kalau dulu-dulu dodol, bahulu dan wajik disediakan secara bergotong royong beberapa hari sebelum majlis. )

Malam itu kami ada lapan kawah lauk daging dimasak serentak bergotong royong dengan diketuai oleh tukang masak. Semua lauk pauk siap dimasak sebelum dinihari. Sebelum pulang mereka diberi cenderahati istimewa. Tak lupa juga bungkusan berisi pulut dan lauk pauk daging yang telah masak untuk dibawa pulang sebagai ole-ole kerja keras malam itu.

Pagi esok, selepas subuh kami akan memasak sayur umbut. Hari itu kami dapat 2 periuk besar sayur umbut. Orang lelaki memasak nasi didalam kawah. Kami masak nasi putih untuk hidangan. Dikawasan kami agak jarang orang sediakan nasi minyak atau briani untk majlis kahwin.

Sunday, July 12, 2009

mutan lagi

Dengar nya durian di Lot2216 dah mulai gugur,
tetapi kami tak dapat balik
tak kisah la rezeki siapa tu

Kami di sini ada mutan
mutan kat bandar ni lain sikit rasanya
dah masak, boleh petik

lebat hingga ke hujung julai

Ini budak tak sabar, panjat ye?
ambil tangga
biar pak panjat

yg penting kerjasama

dapat pun hehehe


Mokde







Sunday, July 5, 2009

MASTER RADIX - KOPI RADIX TIRUAN


Berikut adalah kenyataan dari GM HPA mengenai Kopi Tiruan MASTER RADIX

Ada berita pembohongan mengatakan bahawa MASTER RADIX adalah hasil dari perpecahan dalam HPA. Kononya dia pengasas awal formula RADIX. Malangnya ada umat Islam yang mudah terpedaya, tergoda dan akhirnya ternoda.
Disini GM telah mendapat bukti kukuh Master Radix adalah keluaran ciplak dari seorang taukeh cina. Sehubungan dengan ini beberapa tindakan akan di ambil segera.

1. Tindakan undang-undang (tindakan saudara Abd Ghani)
2. Edaran poster memperingatkan Kopi Palsu Master Radix ( tindakan Saudara Saif)
3. Hebahan segera dari mulut ke mulut. PBC, Program Mingguan, Kedai Kopi, Surau, Masjid dan sebagainya. Sampaikan hebahan ini sebagai suatu jihad menentang kejahatan kerana Master Radix sememangnya tidak Halal dan diragui mengandungi bahan berbahaya. (tindakan seluruh warga HPA).
4. Kenyataan dalam akhbar. (tindakan GM)

Semakin berani, buat promosi,
Lokasi: BAtu Kurau

Sumber: Blog GM

KOPI RADIX TIRUAN


Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels