سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Tuesday, September 22, 2009

Aidil Fitri Tahun Ini

Sblm tiba rumah , sempat singgah pasar Ramadhan yang di tepi Sungai Pahang tu. Masih ramai lagi orang berniaga walau pun esoknya dah raya. Disini mokde jumpa 2 benda yang dah lama cari:-






buah kuran, rasanya yang masam manis tu sedap di kesit selepas makan berlauk ikan








Halwa Abu, kueh tradisi empok di dalam mulut. Resepi nya ringkas, membuat nya senang tapi kalau tak kena cara, ia jadi keras, boleh buat peluru lastik






Kami beraya di rumah abang saja sebab mak berada di rumahnya. Raya tahun ni tak berapa tak berapa best sebab:-
1. Kami tak dapat balik kpg lama, anak dara mokde tu tak dapat cuti lama
2. Adik yang duduk kat kelantan tu tak balik, pas raya ni anak dia ada yang nak amik PMR dan SPM. Apalah nak risau sangat, anak dia tu semua jenis bergasak A bergolek arek, macam dan gerenti, insya allah, popalih cerdiknya anak dia.
3. Adik yang memang duduk kat kpg pula beraya kat Melaka rumah mertua. Mokde aje dengan abang kat umah, abang pulak anak anak semua kat rumah mertua memasing. Nasib baik la abang nikah sekampong, tak lah balik kemana-mana ....

Walau adik beradik tak memenuh, tapi satu kampung tu macam semua sedara. kalau rajin mencari susur galur, semua satu kampung ada kena mengena. Tetamu tak henti juga datang, terutama sebab ada mak di rumah.

Moh lah makan minum apa yang ada



















Apa pun Alhamdulillah, dan juga beraya tahun ni
Al Fatihan untuk kawan-kawan Mokde yang dah pergi terlebih dahulu

Syukor Badan Sihat, Otak cergas lagi

No comments:

Post a Comment

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels