سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Saturday, April 18, 2009

Mesin Jahit Ku

Mokde bekerja selama 20 tahun didalam bidang ICT di sebuah syarikat besar di Pasir Gudang, Johor. Apabila bersara Mokde ingin membelai diri dengan melakukan hobi Mokde. Mokde suka bebudak dan berhasrat untuk membuka pusat jagaan kanak-kanak. Hasrat ini dibatalkan kerana tidak boleh dilakukan sebagai part time.....

kemudian mokde pergi belajar menyediakan makanan komersial, tapi yang ni mokde buat separuh jalan saja sebab memasak untuk perniagaan adalah memenatkan.

Mokde cuba pula berniaga. (mak mokde juga berniaga kecil-kecil dulu). Mokde cuba MLM sbb modal kecil tapi satu demi satu lingkup sbb mokde tak pandai dan pelan pemasaran tak sesuai dengan jiwa dan raga mokde hingga lah mokde jumpa MLM HPA yang memasarkan produk herba. Yang ni ok dengan mokde, dah stabil pun dan mokde gembira walaupun lum dapat puluhan ribu seperti orang lain. (macam mana nak dapat banyak kalau buat part time saja !!!!!!!)

Mokde minat menjahit. Sekarang dah banyak masa. Di samping menjalankan perniagaan HPA, mokde kini ambil sikit-sikit tempahan pakaian. Kawan-kawan yang dapat tender besar-besar pun dah mula minta mokde buat.


Baru-baru ni mokde dapat bayaran kedua. Dengan duit tu mokde beli mesin jahit kelajuan tinggi dan mesin jahit tepi. Walau pun jenama tak hebat, tapi kedua-dua mesin ini bakal membantu mokde dalam merealisasikan impian mokde dalam bidang baru mokde ni.

Sebelum ni mokde guna mesin jahit biasa saja



Bakal pencabar industri pakaian adalah

Mokde
(mak mokde cakap, impian biar tinggi, tindakan biar sejajar)

sebenarnya mokde ada seorang anak OKU yang akan menamatkan pengajian nya di dalam bidang Pakaian dan Rekaan Fesyen di Politeknik JB, mokde buat semua ni sebenarnya sebagai persediaan untuk dia. )

No comments:

Post a Comment

Rakan-Rakan

Lintas Langsung Dari Makkah

Labels