Banyak yang dapat mokde rumuskan, banyak kekurangan diri dan banyak lagi yang perlu dilakukan. Melihat kepada gambar itu, siapalah diri ini berbanding 2 tokoh "top Distributor' itu.
Untuk permulaan, biarlah mokde mulakan dengan mengucapkan terima kasih kepada sekalian yang terlibat dengan mokde didalam perniagaan HPA ini.
Ini PJS En. Yadi, terima kasih kerana telah meletakkan asas yang kukuh mengenai perniagaan ini kepada saya. Terima kasih kerana tak henti-henti membantu dan memberi panduan dari jauh. Cuma maaf lah kerana saya bergerak terlalu perlahan.
Ini PJS yang telah banyak membantu saya dalam menangani permasalahan perniagaaan ini. Teguran, tunjuk ajar, motivasi dan bantuan beliau membuatkan saya kuat dan bertahan didalam perjuangan ini. Terima kasih PJS Pn. Masliza dan suaminya kerana membantu saya walaupun saya dari rangkaian yang berlainan.
Ini pasangan suami isteri yang memberi peluang kepada saya bergiat didalamprogram-programPBC anjuran mereka. Terlalu banyak yang saya belajar dari anda berdua. Terima kasih PJS En Rahmat dan PJS Pn. Alimah

Ini rakan-rakan perjuangan saya. Tanpa pertolongan, sokongan, dorongan dan cabaran anda semua, siapalah saya didalam perniagaan saya.
Terima kasih semua, Allah saja yang akan membalas jasamu. Maafkan saya kerana didalam perjalanan ini mesti ada kesilapan yang telah dilakukan.
Mana rangkaian ku?
Suatu masa dulu saya mengalami keruntuhan rangkaian yang hampir meranapkan seluruh harapan. Kerana sokongan mereka diatas lah saya bergerak semula, membina rangkaian baru. Kepada yang masih bersama ku, PJX Salila, PJX Awada, PRX Yati, PLX Dela, mari kita teruskan perjuangan, Perjalanan ini masih jauh, ia baru bermula. Semuga Allah memudahkan laluan kita. Aminnn
Terima kasih sahabat, kamu semua TemanSejati
.. dari mokde
(PJ Hjh Norziah)


Aslmkm
ReplyDeletehidup mokde!mai secawan, dahage ni..hehehe
wslm, terima kasih ziarah blog mokde, jemput dtg lgi, ajak rodong sekali
ReplyDeleteassalammualaikum
ReplyDeletesemoga terus sukses